Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.rian] | دورين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain; beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ me­nunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt men­timun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.rian] | دورين

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan berduri), Durio zibethinus. ~ belanda (eropah, mekah) nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Annona muricata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durian

Puisi
 

Laksamana menabur durian,
     Buah belimbing terhentak-hentak;
Tuan laksana buah durian,
     Di sana gugur sana melantak.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Durian dengan mentimun,
     menggolek rosak,
kena golek binasa.

Bermaksud :

Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kucin tidoq[ku.tSin ti.d)Ö] seulas durian dalam satu pangsa.Kalu dapat derian kucin tidoq depa pakat berebut.[kA.lu dA.pAt d«.Òi.jAn ku.tSin ti.d)Ö dE.pA pA.kAt b«.Ò«.but]Kalau dapat durian kucing tidur mereka akan berebut.
jujoh[dZu.dZoh]kata adjektif1 berkenaan dengan buah bermusim (seperti durian, manggis, rambutan dan lain-lain) yang boleh didapati dengan banyak ketika musimnyaPak pesan balek awai sikit, derian tengah dok jujoh.[pA/ p«.sAn bA.le/ A.wAj si.kit d«.Òi.jAn t«.NAh do/ dZu.dZoh]Bapa pesen balik awal sikit, durian sedang banyak.
semurop[s«.mu.Òop]kata nama1. binaan yang berbumbung sendeng yang penggunaan bersifat sementara. Biasanya binaan ini dibuat untuk menjual buah-buahan yang bermusim.Orang buat semurop kat dusun nak himpon derian.[.ÒAN bu.wAt s«.mu.Òop kAt du.sun nA/ him.pon d«.Òi.jAn]Orang membuat semurop di dusun untuk menghimpun durian.
   2. menokok tambah sesuatu cerita; pekunuPokok derian dia ada empat lima batang tapi dok pekunon dapat derian tiga puloh jaraih.[p.k/ d«.Òi.jAn di.jA A.dA «m.pAt li.mA bA.tAN tA.pi d/ p«.ku.non dA.pAt d«.Òi.jAn ti.gA pu.loh dZA.ÒAC]­Pokok duriannya ada empat lima batang tapi menokok nambah cerita mengatakan yang dia mendapat durian tiga puluh jaras.
merudum II[m«.Òu.dum]kata adjektifbunyi yang sangat kuatPadan la aku dengaq merudum tadi, rupanya pokok derian tumbang.[pA.dAn lA A.ku d«.NA)Ö m«.Òu.dum tA.di Òu.pA.øA po.ko/ d«.Òi.jAn tum.bAN]Patutlah saya dengar bunyi yang sangat kuat tadi, rupanya pokok durian tumbang.

Kembali ke atas