Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lo/] | ايلوق

Definisi : (élok) 1. cantik, menarik: rupanya sangat ~; tulisannya ~ dan kemas; 2. baik, bagus: cuaca sangat ~ hari ini; ikan banyak mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu; ~ buruknya baik ataupun buruknya (sesuatu); ~ basa kan bakal hidup, ~ budi kan bakal mati prb kalau elok tegur sapa akan jadi kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi kenang-kenangan sesudah mati; seelok sama elok dgn, sebaik; seelok-elok pd waktu, sebaik: ~ Timah ber-salin sahaja, ia pun diceraikan;seelok-eloknya yg paling eloknya, sebaik-baiknya: ~, wang yg lebih itu disimpan di bank; mengelokkan 1. menjadikan elok (cantik), mencantikkan: ~ rumahnya menjelang hari raya; 2. menjadikan elok (baik, bagus), membaguskan, membaikkan: ~ kelakuan orang; memperelok menjadikan lebih elok: ~ adat resam kita; keelokan 1. perihal elok (cantik), kecantikan: ia sekali-kali tidak terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; 2. perihal elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan: mustahak dijaga ~ perjalanan enjin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lo/] | ايلوق

Definisi : /élok/ 1 dpt menyukakan atau dpt memuaskan hati apabila dilihat dll; cantik; menarik: Budak itu sejak kecil lagi amat ~ rupanya. 2 baik; bagus: ~lah kita berehat dahulu utk melepaskan penat. mengelokkan 1 menjadikan elok (cantik): Dia ~ tudung kepala anaknya. 2 membaikkan; membaguskan: ~ kelakuan orang. memperelok 1 menjadikan lebih elok (cantik): Ani ~ sanggulnya dgn menyelitkan sekuntum bunga mawar pdnya. 2 menjadikan lebih baik (bagus): Mereka ~ kapal terbang jenis jet itu dlm tahun-tahun berikutnya. keelokan sifat atau keadaan elok; kecantikan: Dia sangat tertarik oleh ~ paras pramugari itu. seelok sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. seelok-eloknya yg paling elok; sebaik-baiknya: ~ wang yg berlebihan itu disimpan di bank saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elok

Puisi
 

Nak kayuh saya kayuhkan,
     Budak-budak main perahu;
Nak tangguh saya tangguhkan,
     Elok tak elok saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Elok lenggang di tempat datar.

Bermaksud :

Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
loklaq[l/.lA)Ö]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang berkelakuan tidak senonoh; hokhakHang ni loklaq, dok elok-elok sikit.[hAN ni l/.lA)Ö do/ E.l/.E.l/ si.kit]Awak ini kelakuan tidak senonoh, duduk elok-elok sikit.
melepok[m«.lE.p/]kata kerjaduduk dengan melipatkan kedua belah kaki dengan punggung diletakkan di atas pelipatan kakiDok melepok elok-elok sikit, baru nampak lendet.[do/ m«.lE.p/ E.l/.E.l/ si.kit bA.Òu nAm.pA/ l«n.det]Duduk melepok elok-elok sikit, baru nampak tertib.
ghaib[xA.jib]kata kerjatertidur.Tengah dok sembang elok-elok dia ghaib.[t«.NAh do sEm.bAN E.lo/.Elo/ di.jA xA.jib]Sedang berbual-bual dia tertidur.
kerabu[k«.ÒA.bu]kata kerjamengganyang.Cakap bok baek sikit, aku kerabu mulot hang.[tSA.kAp b/ bAe/ si.kit A.ku k«.ÒA.bu mu.lot hAN]Cakap elok-elok, saya ganyang mulut awak.
   2. berkenaan muka yang comot.Makan ceremat sikit aih sekerem tu, sat ni belopiang.[mA.kAn tS«.Ò«.mAt si.kit AC s«.k«.rem tu sAt ni b«.l.pi.jAN]Makan elok-elok ais krim itu, nanti comot.
   2. gatal atau miang berkenaan perangaiKita ni pompuan, tak elok merenyau lagu tu.[ki.tA ni pom.pu.wAn tA/ E.l/ m«.Ò«.øAw lA.gu tu]Kita ini perempuan, tidak elok berperangai miang seperti itu.
candek[tSAn.dE]kata kerjamenyindir seseorang.Bunyi cakap dia elok, sebenaknya dia candek kat kita.[bu.øi tSA.kAp di.jA E.lo s«.b«.nA)Ö.øA di.jA tSAn.dE kAt ki.tA]Cakapnya dengar elok, sebenarnya dia menyindir kita.
lah susu[lAh su.su] bercerai susu ibuBudak kalu umoq empat taon elok lah susu.[bu.dA/ kA.lu u.mo)Ö «m.pAt tAon E.l/ lAh su.su]Kanak-kanak apabila menjangkau umur empat tahun elok bercerai susu ibu.
   2. membungkus seseorang atau sesuatu keseluruhannya dengan sesuatu (seperti kain, daun, kertas dan sebagainya)Nangka kalu nak elok kena selangkom dengan kaen dari awai- awai lagi.[nAN.kA kA.lu nA/ E.l/ k«.nA s«.lAN.kom d«.NAn kAen dA.Òi A.wAj.A.wAj lA.gi]Nangka kalau hendak elok buahnya perlulah dibungkus dengan kain awal-awal lagi.
tepeleot II[t«.p«.lE.ot]kata adjektif1. berkenaan dengan muka yang cacat secara semulajadi atau kemalanganMuka dia yang tepeleot dari kecik tu dah elok lepaih kena belah.[mu.kA di.jA jAN t«.p«.lE.ot dA.Òi k«.tSi tu dAh E.l l«.pAC k«.nA b«.lAh]Mukanya yang cacat sejak kecil sudah elok selepas dibedah.
12

Kembali ke atas