Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.nam] | انم

Definisi : bilangan lima dicampur satu (6, VI); ~ belas bilangan sepuluh dicampur enam (16, XVI); ~ likur sl ark dua puluh enam (26, XXVI); ~ puluh bilangan yg besarnya enam kali sepuluh (60, LX); berenam berjumlah enam (orang dll), enam (orang dll) jumlahnya: jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah; keenam yg nombor enam: keempat, hulubalang yg bernama Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yg bernama Panta Suta, ~, hulubalang yg bernama Sutama; keenam-enam semua yg jumlahnya enam: ~ murid itu pun pulang ke rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.nam] | انم

Definisi : bilangan lima ditambah satu; 6: ~ belas 16; ~ puluh 60. berenam berjumlah enam: Jangan pergi semuanya, ~ pun cukuplah. keenam bilangan atau peringkat yg nombor enam: Hulubalang Melaka yg ~ bernama Hang Nadim. keenam-enam enam-enam sekali; enam semuanya: Maka ~ sahabat itu pun berpeluk-pelukan dgn mesra setelah bertemu kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enam

Puisi
 

Soldadu mudik enam orang,
     Tinggi berjamang pula;
Lihat dek made awan terbang,
     Entah ke mana akan sampainya.


Lihat selanjutnya...(17)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengibaihkata kerjakata kerjamenganginkan padi untuk mengasingkan padi daripada hampa dengan cara mengibas-ngibas menggunakan nyiru. Proses ini dilakukan paling kurang oleh enam orang atau lebih. Padi dikaut dengan talam dan ditebarkan di satu kawasan yang di khaskan kemudian dikibas oleh beberapa orang menggunakan nyiruKalu tak dak orang yang buleh mengibaih minggu ni kita buat minggu depan.[kA.lu tA/ dA/ .ÒAN jAN bu.leh m«.Ni.bAC miN.gu ni ki.tA bu.wAt miN.gu d«.pAn]Kalau tidak ada orang yang boleh mengibas minggu ini kita buat minggu hadapan.

Kembali ke atas