Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.gu] | ݢڠݢو

Definisi : ; mengganggu 1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan ke­amanan; terganggu terusik, tercegah, terhalang: pasukan keamanan nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan;gangguan 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan;~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita;penggangguan perihal atau perbuatan mengganggu; pengganggu orang dll yg (suka, selalu) mengganggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.gu] | ݢڠݢو

Definisi : ; mengganggu 1 berbuat sesuatu utk menimbulkan rasa tidak tenteram atau rasa gelisah; berbuat sesuatu utk menyusahkan orang lain sama ada dgn niat jahat atau utk bermain-main saja; mengusik: Jangan suka ~ anak isteri orang. 2 menyebabkan tidak dpt berjalan sebagaimana yg sepatutnya; menghalang sesuatu drpd berjalan dgn lancar; menimbulkan kekacauan dll: Orang Inggeris berasa risau kerana peperangan saudara di negeri Perak itu ~ perniagaan mereka. ~ gugat mendakwa atau memperkarakan: Menurut perlembagaan, tiada seorang pun yg boleh ~ gugat kedudukan seseorang sultan. terganggu mendapat halangan atau rintangan; terhalang: Siaran televisyen telah ~ kerana kerosakan alat pemancarnya. gangguan apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. penggangguan perbuatan mengganggu. pengganggu orang yg (suka) mengganggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganggu


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kucai[ku.tSAj]kata kerja1. mengganggu seseorang atau haiwan.Tok sah dok kucai dia, sat gi dia marah.[to/ sAh do/ ku.tSAj di.jA sAt gi di.jA mA.ÒAh]Jangan ganggu dia nanti dia marah.

Kembali ke atas