hap-hap | [hA)p.hA)p] | kata adjektif | 1. berkenaan dengan seseorang atau haiwan yang sesak nafas (nazak, semput, penat, lelah dan lain-lain) | Orang kalu silap makan la-la tu dia buleh hap-hap. | [o.ÒAN kA.lu si.lAp mA.kAn lA.lA tu di.jA bu.leh hA)p.hA)p] | Orang kalau tersilap makan pada masa itu juga boleh sesak nafas. |
tahana | [tA.hA.nA] | kata kerja | 1. menganiaya seseorang atau haiwan | Jangan tahana kat kucin, berdosa besak | [dZA.øAn tA.hA.nA kAt ku.tSin b«.do.sA b«.sA)Ö] | Jangan menganiaya kucing, berdosa besar. |
pidiah | [pi.di.jAh] | kata kerja | 1. mengambil sesuatu melebihi had sepatutnya; pediah | Habeh laok dia pidiah bawak balek. | [hA.beh lAo di.jA pi.di.jAh bA.wA bA.le] | Habis lauk diambilnya bawa balik. |
karau | [kA.ÒAw] | kata kerja | 1. menghabiskan isi sahaja dan meninggalkan kuah. | Habeh hang karau laok tinggai kuah gulai saja lagi. | [hA.bEh hAN kA.ÒAw lAo/ tiN.gAj ku.wAh gu.lAj sA.dZA lA.gi] | Awak habiskan lauk tinggal kuah gulai saja lagi. |
meruah | [m«.Òu.wAh] | kata kerja | 1. membuang air besar | Hari ni saja dah berapa kali dia meruah, silap makan kot. | [hA.Òi ni sA.dZA dAh b«.ÒA.pA kA.li di.jA m«.Òu.wAh si.lAp mA.kAn kot] | Hari ini saja sudah berapa kali dia membuang air besar, tersilap makan agaknya. |
relaih | [Ò«.lAC] | kata kerja | 1. mengambil seluruhnya | Budak-budak ni relaih habeh buah kayu orang. | [bu.dA.bu.dA ni Ò«.lAC hA.beh bu.wAh kA.ju o.ÒAN] | Budak-budak ini mengambil semua buah-buahan orang. |
kelepiaq | [k«.l«.pi.jA)Ö)] | kata kerja | 1. mengibaskan jari. | Habeh ayaq tangan hang kena muka aku ni, pi la kelepiaq jaoh sikit. | [hA.beh A.jA)Ö tA.NAn hAN k«.nA mu.kA A.ku ni pi lA k«.l«.pi.jA)Ö dZAoh si.kit] | Habis air tangan kena muka saya ni, pergilah kibas jari jauh sikit. |
melugai | [m«.lu.gAj] | kata adjektif | 1. rasa seperti hendak muntah | Gulai ikan ruan ni hanyaq, nak makan pon melugai. | [gu.lAj i.kAn Òu.An ni hA.øA)Ö nA/ mA.kAn pon m«.lu.gAj] | Gulai ikan haruan ini hanyir, hendak makan pun rasa seperti hendak muntah. |
merenyut | [m«.Ò«.øut] | kata adjektif | 1. berkenaan dengan serangga atau ulat yang bergerak-gerak dalam jumlah yang banyak. | Dah dua hari bangkai kucin kat situ, merenyut ulat. | [dAh du.wA hA.Òi bAN.kAj ku.tSin kAt si.tu dAh m«.Ò«.øut u.lAt] | Sudah dua hari bangkai kucing di situ, merenyut ulat. |
gabuih ponggong | [gA.buC] | kata kerja | 1. menanggalkan kekotoran yang sedikit pada sesuatu dengan menggunakan tapak tangan atau jari secara berulang kali | Dia gabuih habok dekat baju dia. | [di.jA gA.buC hA.bo d«.kAt bA.dZu di.jA] | Dia gabuih habuk di bajunya. |