Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ri] | هاري

Definisi : 1 masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi: Dlm seminggu, ada tujuh ~. 2 = siang ~ masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3 masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4 keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah. ~ akhirat (kemudian) masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat). ~ Bapa hari utk mengenang atau memperingati jasa bapa, iaitu pd hari Ahad ketiga dlm bulan Jun. ~ besar hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting. ~ bulan tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. ~ depan masa yg akan datang. ~ Guru hari yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru, iaitu pd 16 Mei. ~ Ibu hari utk mengenang atau memperingati jasa ibu, iaitu pd hari Ahad kedua dlm bulan Mei. ~ Ibu Bapa hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu. ~ jadi (lahir) a. hari lahirnya seseorang. b. hari ulang tahun kelahiran seseorang. ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan drpd mati utk dihisab segala amalannya. ~ Kebangsaan hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. ~ Kemerdekaan (Merdeka) hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. ~ kiamat hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. (~) Lebaran Hari Raya Puasa (1 Sya­wal). ~ muka masa yg akan datang; masa depan. ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk yg dilakukan di dunia. ~ Raya hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. ~ Raya Haji (Korban, Aidiladha) hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf. ~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran. ~ wukuf hari jemaah haji berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah. berhari-hari beberapa hari: Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya. hari­an setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. sehari satu hari. sehari-hari tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. seharian, sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Hari-hari tolak bertimba,
     Jaraknya batang jambu;
Hari-hari tolak bercinta,
     Hajat hati guring sekelambu.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Hari tak selamanya panas.

Bermaksud :

Untung dan malang silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mentara[m«n.tA.ÒA]kata namaorang yang membantu melicinkan perjalanan kenduri kahwin (seperti membawa dan mengangkat hidangan, memberi bunga telur dan sebagainya.)Hari kenuri pukoi dua belaih sampai pukoi satu tengah hari mentara tak menang tangan pasai orang dok timpa.[hA.Òi k«.nu.Òi pu.koj du.wA b«.lAC sAm.pAj pu.koj sA.tu t«.NAh hA.Òi m«n.tA.ÒA tA/ m«.nAN tA.NAn pA.sAj .ÒAN do/ tim.pA]Hari kenduri pukul dua belas sehingga pukul satu tengah hari mentara tidak menang tangan sebab orang ramai datang.
meruah[m«.Òu.wAh]kata kerja1. membuang air besarHari ni saja dah berapa kali dia meruah, silap makan kot.[hA.Òi ni sA.dZA dAh b«.ÒA.pA kA.li di.jA m«.Òu.wAh si.lAp mA.kAn kot]Hari ini saja sudah berapa kali dia membuang air besar, tersilap makan agaknya.
hau[hAw]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang sudah habis.Tadi laok banyak lagi, mai tengah hari dah hau.[tA.di lAo bA.øA lA.gi mAj t«.NAh hA.Òi dAh hAw]Tadi lauk banyak lagi, waktu tengah hari sudah habis.
muka idong[mu.kA i.doN] rupa paras, wajahAku tak nampak muka idong hang dua tiga hari.[A.ku tA/ nAm.pA/ mu.kA i.don hAN du.wA ti.gA hA.Òi]Saya tidak nampak wajah awak dua tiga hari.
cekek[tS«.ke]kata kerjamakan, biasanya digunakan dalam pertuturan yang menggambarkan keakraban penggunaTengah hari sat gi jom kita pi cekek, kat kedai mamak[t«.NAh hA.Òi sAt gi dZom ki.tA pi tS«.ke kAt k«.dAj mA.mA/]Tengah hari nanti mari kita pergi makan di kedai mamak.
gayat[gA.jAt]kata adjektifberkenaan dengan lauk yang hampir habis; sayop, sereyat.Baru pukoi satu tengah hari, laok kenuri dah gayat.[bA.Òu pu.koj sA.tu t«.NAh hA.Òi lAo k«.nu.Òi dAh gA.jAt]Baru pukul satu tengah hari, lauk kenduri dah hampir habis.
mereteh[m«.Ò«.teh]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu percambahan benih yang kelihatan banyak dan kecilLepaih empat lima hari menaboq, anak padi mola mereteh.[l«.pAC «m.pAt li.mA hA.Òi m«.nA.b)Ö A.nA/ pA.di m.lA m«.Ò«.teh]Selepas empat lima hari menabur benih padi, anak padi mula bercambah.
sambot masak[sAm.bot mA.sA/] kenduri di pihak pengantin lelaki yang dibuat beberapa hari selepas kenduri di pihak penganttin perempaun.Mak Ngah buat sambot masak pasai penganten pompuan orang jaoh.[mA/ NAh bu.wAt sAm.bot mA.sA/ pA.sAj p«.NAn.ten pom.pu.wAn .ÒAN dZAoh]Mak Ngah buat kenduri beberapa hari selepas kenduri di pihak pengantin perempuan sebab pengantin perempuan orang jauh.
mintak sila[min.tA/ si.lA] menjemput seseorang untuk menghadiri kenduriPak Din mintak sila abang pi rumah dia hari Ahad ni.[pA/ din min.tA/ si.lA A.bAN pi Òu.mAh di.jA hA.Òi A.hAd ni]Pak Din menjemput abang untuk menghadiri kenduri di rumahnya pada hari Ahad ini.
merenyut[m«.Ò«.øut]kata adjektif1. berkenaan dengan serangga atau ulat yang bergerak-gerak dalam jumlah yang banyak.Dah dua hari bangkai kucin kat situ, merenyut ulat.[dAh du.wA hA.Òi bAN.kAj ku.tSin kAt si.tu dAh m«.Ò«.øut u.lAt]Sudah dua hari bangkai kucing di situ, merenyut ulat.
123

Kembali ke atas