melugai | [m«.lu.gAj] | kata adjektif | 1. rasa seperti hendak muntah | Gulai ikan ruan ni hanyaq, nak makan pon melugai. | [gu.lAj i.kAn Òu.An ni hA.øA)Ö nA/ mA.kAn pon m«.lu.gAj] | Gulai ikan haruan ini hanyir, hendak makan pun rasa seperti hendak muntah. |
darang | [dA.ÒAN] | kata adjektif | berkenaan dengan ikan keli yang berlegar-legar kerana hendak bertelur. | Ikan keli darang orang tak tangkap pasai bau dia hanyaq. | [i.kAn k«.li dA.ÒAN .ÒAN tA/ tAN.kAp pA.sAj bAw di.jA hA.øA)Ö] | Ikan keli darang orang tidak tangkap sebab baunya hanyir. |
dadah | [dA.dAh] | kata tugas | dahulu. | Masa hang nak pi hang makan dadah. | [mA.sA hAN nA/ pi hAN mA.kAn dA.dAh] | Masa awak hendak pergi awak makan dahulu. |
kamcat | [kAm.tSAt] | kata tugas | gelaran yang diberikan kepada orang yang lembab. | Kamcat, bukan nak bayaq duet balek, kutok kita ada. | [kAm.tSAt bu.kAn nA/ bA.jA)Ö du.wet ba.le/ ku.to/ ki.tA A.dA] | Kamcat, bukannya hendak bayar duit, mengutuk kita lagi. |
jangket | [dZAN.ket] | kata kerja | meletakkan umpan pada mata kail | Kalu nak tangkap ikan ruan hang kena jangket katak minyak. | [kA.lu nA/ tAN.kAp i.kAn Òu.wAn hAN k«.nA dZAN.ket kA.tA/ mi.øA/] | Kalau hendak menangkap ikan haruan awak perlu meletakkan umpan katak minyak. |
lan | [lAn] | kata adjektif | terasa jijik, loya sehingga tidak lalu makan. | Aku lan nak makan kat kedai mamak tu bila tengok dapoq dia. | [A.ku lAn nA/ mA.kAn kAt k«.dAj mA.mA/ tu bi.lA tE.N/ dA.po)Ö di.jA] | Saya berasa jijik hendak makan di kedai mamak itu apabila melihat dapurnya. |
pegu | [p«.gu] | kata kerja | menjodohkan seseorang lelaki dengan perempuan | Mak Teh nak pegu anak penakan dia dengan anak dara tok imam. | [mA teh nA p«.gu A.nA p«.nA.kAn di.jA d«.NAn A.nA dA.ÒA to i.mAm] | Mak Teh hendak menjodohkan anak saudaranya dengan anak dara tok imam. |
merenjaih | [m«.Ò«n.dZAC] | kata kerja | menghentakkan kaki atau tangan atau kedua-duanya kerana marah | Dalam cerita Batu Belah Batu Betangkop, Pekan merenjaih nak teloq ikan temakoi. | [dA.lAm tS«.Òi.tA bA.tu b«.lAh bA.tu b«.tAN.kop p«.kAn m«.Ò«n.dZAC nA/ t«.lo)Ö i.kAn t«.mA.koj] | Dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup, Pekan menghentakkan kaki dan tangan kerana hendak telur ikan temakul. |
mumbang | [mum.bAN] | kata nama | tempurung kelapa yang masih lembut dan boleh dimakan | Bini Mat tu mengidam nak makan mumbang. Mana nak pi cari? | [bi.ni mAt tu m«.Ni.dAm nA/ mA.kAn mum.bAN mA.nA nA/ pi tSA.Òi] | Isteri Mat itu mengidam hendak makan tempurung kelapa yang masih lembut. Di mana boleh dapat? |
| | | 2. ganti nama diri kedua tunggal; awak, hang, kau | Pi salen baju dulu kalu cek nak ikot pi makan kenuri. | [pi sA.len bA.dZu du.lu kA.lu tSE nA i.kot pi mA.kAn k«.nu.Òi] | Pergi salin baju dulu kalau cek hendak ikut pergi makan kenduri. |