Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate; ~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup; beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; beringinkan berkehendak akan, berharap akan; mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu; teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu; keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu atau hendak akan sesuatu: Kakak saya yg sedang hamil sangat ~ akan kedondong. mengingini mengharapkan benar-benar supaya tercapai atau mendapat sesuatu: Semua orang ~ kesenangan hidup. keinginan sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dahok[dA.ho]kata adjektifterlalu ingin kepada hak orang lain dan telah melebihi sifat tamak.Dia tu dahok betoi, semua reta dia nak kebaih.[di.jA tu dA.ho b«.toj s«.mu.wA Ò«.tA di.jA nA k«.bAC]Dia itu sangat tamak, semua harta dia hendak ambil.
mulot caih[mu.lot tSAC] celuparMulot caih lagu tu sapa pon tak buloq nak bekawan.[mu.lot tSAC lA.gu tu sA.pA pon tA/ bu.lo)Ö nA/ b«.kA.wAn]Celupar seperti itu siapa pun tidak ingin berkawan.
merak[m«.ÒA/]kata adjektifsombongKalu perangai merak sampai lagu tu, sapa pon tak buloq nak bekawan.[kA.lu p«.ÒA.NAj m«.ÒA/ sAm.pAj lA.gu tu sA.pA pon tA/ bu.lo)Ö nA/ b«.kA.wAn]Kalau perangai sombong seperti itu, siapa pun tidak ingin hendak berkawan.

Kembali ke atas