Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lan] | جالن

Definisi : 1 tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll: ~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2 ikhtiar; cara; akal: Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu. 3 gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4 perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kedai dsb. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(67)

639

Where there's a will there's a way

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

My determination did not waver. I know it's not easy task but where there's a will there's a way. Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beremba[b«.Ò«m.bA]kata kerjabergerak seperti berjalan, berlari, menunggang dalam satu kumpulan secara bersama.Jalan sempet pon depa beremba naek baskat.[dZA.lAn s«m.pet pon dE.pA b«.Ò«m.bA nAe/ bAs.kAt]Jalan sempit pun mereka beremba menunggang basikal.
bentiang[bEn.ti.jAN]kata namapapan tanda.Rumah tok bomo tu betoi-betoi depan bentiang nak masok jalan raya.[Òu.mAh to bo.mo tu b«.toj.b«.toj d«.pAn b«n.ti.jAN nA mA.so dZA.lAn ÒA.jA]Rumah tok bomoh tu betul-betul depan papan tanda hendak masuk ke jalan raya.
melelong[m«.lE.lN]kata adjektifberkenaan dengan pergerakan atau percakapan yang tidak menentuOrang mabok kalu jalan pon melelong.[.ÒAN mA.bo/ kA.lu djA.lAn pon m«.lE.lN]Orang mabuk kalau berjalan pun melelong.
merembiang[m«.Òem.bi.jAN]kata kerjamembawa banyak barang dengan kedua-dua belah tanganMak dok merembiang barang sampai jalan pon nak jatoh.[mA/ do/ m«.Òem.bi.jAN bA.ÒAN sAm.pAj dZA.lAn pon nA/ dZA.toh]Emak membawa banyak barang dengan kedua-dua belah tangan sehingga berjalan pun hendak terjatuh.
celapak[tS«.lA.pA/]kata adjektifberkenaan dengan seseorang berlari dan menerkam seseorang atau sesuatu (seperti kereta, bas, motosikal dan lain-lain dengan cepat dan pantasBaih pengabeh dah nak jalan hang pi celapak cepat.[bAC p«NA.beh dAh nA/ dZA.lAn hAN pi tS«.lA.pA/ tS«.pAt]Bas terakhir sudah hendak bertolah, baik kamu celapak cepat.
kiliaq[ki.li.jA)Ö]kata kerjamembawa wanita yang bukan muhrim, ditujukan kepada lelaki.Aku jerembab Bang Ali tengah dok kiliaq pompuan di Pineng Road.[A.ku dZ«.Ò«m.bAb bAN A.li t«.NAh do/ ki.li.jA)Ö pom.pu.wAn di pi.neN ro.Ad]Saya tersempak Abang Ali sedang bawa perempuan di Jalan Penang.

Kembali ke atas