Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak, usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (mem­buat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; jangan-jangan entah-entah, entahkan, ba­rang­­kali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; jangankan usahkan: ~ hendak makan, mi­num pun dia tak mahu; menjangankan ark menegah, melarang. janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : (kata larangan yg menyatakan) tidak boleh; usah: ~ mandi di sungai itu, airnya dalam. jangan-jangan mungkin juga; barangkali: Ahmad belum datang lagi, ~ ia sakit. jangankan usahkan: ~ hendak berlari, berjalan pun dia belum dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangan

Puisi
 

Selasih jangan tinggi,
     Kalau tinggi berdaun jangan;
Kekasih jangan pergi,
     Kalau pergi bertahun jangan.


Lihat selanjutnya...(564)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(163)

38

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk jangan ditinggalkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2.terlalu asyik.Jangan idap maen dam, lohoq dah nak habeh.[dZ­A.NAn i.dAp mAen dAm, lo.ho)Ö dAh nA/ hA.beh]Jangan terlalu asyik main dam, zohor sudah hampir habis.
   2. membazirMakan nasik perabeh, jangan buat tahana.[mA.kAn nA.si/ p«.ÒA.beh dZA.NAn bu.wAt tA.hA.nA ]Makan nasi hingga habis, jangan membazir.
   2. menipuJangan pecaya sangat cakap dia, dia tu nak pekena hang.[dZA.NAn p«.tSA.jA sA.NAt tSA.kAp di.jA di.jA tu nA p«.k«.nA hAN]Jangan percaya kata-katanya, dia itu hendak menipu awak.
   3. celupar.Mulot jangan dok bersiaq bila kita sampai kat Mekah.[mu.lot. dZA.NAn do/ bE.si.jA)Ö bi.lA ki.tA sAm.pAj kAt m«.kAh]Mulut jangan celupar bila kita tiba di Mekah.
   2. mengusik haiwan.Jangan dok acan-acan maen lembu tu, sat ni dia tandok.[dZA.NAn do/ A.tSAn.A.tSAn mAen l«m.bu tu, sAt ni di.jA tAn.do/]Jangan menggusik lembu itu, nanti lembu itu tanduk.
   4. mengambil.Jangan tutoh buah tu kat hang sorang, bedak-bedak kat orang laen sama.[dZA.NAn tu.toh bu.wAh tu kAt hAN so.ÒAN bE.dA.bE.dA kAt o.ÒAN lAen sA.mA]Jangan mengambil buah seorang diri, bahagi-bahagikan kepada orang lain juga.
seron[sE.Òon]kata namasarang tempat ayam bertelurJangan pi dekat seron, ada ayam dok mengeram.[dZA.NAn pi d«.kAt sE.Òon A.dA A.jAm do/ m«.N«.ÒAm]Jangan menghampiri sarang tempat ayam bertelur, ada ayam yang sedang mengeram.
ketang kedada[k«.tAN k«.dA.dA] berkemban.Hang jangan dok ketang kedada di luaq rumah.[hAN dZA.NAn do/ k«.tAN k«.dA.dA di lu.wA)Ö Òu.mAh]Kamu jangan berkemban hingga di luar rumah.
tahana[tA.hA.nA]kata kerja1. menganiaya seseorang atau haiwanJangan tahana kat kucin, berdosa besak[dZA.øAn tA.hA.nA kAt ku.tSin b«.do.sA b«.sA)Ö]Jangan menganiaya kucing, berdosa besar.
acan[A.tSAn]kata kerja1. mengusik seseorang atau haiwan.Jangan dok acan anjin tu, sat ni dia tokak.[dZA.NAn do/ A.tSAn An.dZin tu sAt ni di.jA to.kA/]Jangan mengusik anjing itu, nanti anjing gigit.
12345

Kembali ke atas