Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.lo/] | جولوق

Definisi : ; menjolok 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. me­mancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga; menjolokkan menjolok utk; jolokan perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll, menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang tang­gungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu; penjolok galah dll utk menjolok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jo.lo/] | جولوق

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), akar getah gaharu, akar getah gegerip, Willughbeia coriacea; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), malas (segan) berdahan, telur obok, Arthro­phyllum ovalifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jo.lo/] | جولوق

Definisi : ; menjolok 1 merodok sesuatu dgn galah supaya gugur: ~ buah mangga muda. 2 merodok ke dlm lubang dgn kayu dll: Ia ~ lubang itu supaya tikus di dlmnya keluar. 3 memasukkan jari ke dlm lubang hidung atau kerongkong: Dia ~ tekaknya kerana ketulangan. 4 bertanya-tanya utk mencari keterangan dll; memancing-mancing. ~ mata a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). menjolokkan menjolok utk. penjolok sesuatu yg digunakan utk menjolok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jolok
Kata Terbitan : menjolok, jolokan,

Puisi
 

Ambil galah jolok limau,
     Limau jatuh atas paku;
Ditakdir Allah ditangkap harimau,
     Kalau hidup tak boleh kat aku.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jolok[dZo.lo/]kata kerjamempengaruhi seseorang.Hang jangan dok jolok dia, sat gi tak pasai-pasai kita kena.[hAN dZA.NAn do/ dZo.lo/ di.jA sAt gi tA/ pA.sAj.pA.sAj ki.tA k«.nA]Awak jangan jolok dia, nanti kita pula yang kena.
rojoh[ҍ.dZh]kata kerjamenjolok sesuatu supaya jatuh, keluar dan sebagainyaPi rojoh buah betek hat ranum tu, kalu tak burong sentai kat dia.[pi ҍ.dZh bu.wAh b«.te hAt ÒA.num tu kA.lu tA bu.ÒoN s«n.tAj kAt di.jA]Pergi jolok buah betik yang ranum itu, kalau tidak dimakan burung.

Kembali ke atas