Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kenja[k«n.dZA]kata kerjaberbaring telentang dan meronta-ronta.Anak dia memang lagu tu, kalu tak dengaq kata dia, dia dok kenja situ la[A.nA/ di.jA mE.mAN lA.gu tu kA.lu tA/ d«.NA)Ö kA.tA di.jA di.jA do/ k«n.dZA si.tu lA]Anaknya memang begitu, kalau tidak ikut kehendaknya, dia akan telentang di situlah.
kong[koN]kata namarim basikal atau motosikal.Lepaih eksiden kong baskat dia bengkok.[l«.pAC ek.si.den kN bAs.kAt di.jA beN.ko/]Lepas kemalangan rim basikalnya bengkok.
   2. berkenaan dengan seseorang yang tingkah lakunya kurang sopan atau tidak senonoh.Keloloh sunggoh dia tu mai kentot depan kami.[k«.l.lh suN.goh di.jA tu mAj k«n.tot d«.pAn kA.mi]Kurang sopan sungguh dia itu datang kentut depan kami.
besiaq[bE.si.jA)Ö]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang yang kerap membuang air kecil.Baru keluaq rumah dah nak kencin lagi, awat besiaq sangat.[bA.Òu k«.lu.wA)Ö Òu.mAh dAh nA k«n.tSin lA.gi A.wAt bE.si.jA)Ö sA.NAt]Baru keluar dari rumah sudah hendak buang air kecil lagi, mengapa besiaq sangat.
rongkoi I[ҍN.kj]kata kerjamemegang kuat pada bahu atau lengan seseorangDia rongkoi laki dia bila lalu depan kuboq.[di.jA ҍN.kj lA.ki di.jA bi.lA lA.lu d«.pAn ku.bo)Ö]Dia memegang kuat lengan suaminya apabila melalui kubur.
rongkoi II[ҍN.kj]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang bergantung kepada seseorang yang lainSejak dia kaya adek beradek semua rongkoi kat dia.[s«.dZA­/ di.jA kA.jA A.de/ b«.ÒA.de/ s«.mu.wA ҍN.kj kAt di.jA]Semenjak dia kaya semua adik beradik bergantung padanya.
sengkela[s«N.k«.lA]kata namasejenis penyakit gatal di kelengkang dan buah pelir.   
mentekedarah[m«n.t«.k«.dA.ÒAh]kata kerjamakan tetapi penggunaannya agak kasarApa reja pon tak buat asek mentekedarah saja.[A.pA Ò«.dZA pon tA/ bu.wAt A.se/ m«n.t«.k«.dA.ÒAh sA.dZA]Apa kerja pun tidak buat asyik makan saja.
ketumbet[k«.tum.bet]kata namabintil kecil yang tumbuh pada bahagian bibir mata, biasanya gatal, sakit atau bernanah, tembel.Orang tua kata kalu mengendap orang berak sat ni tumboh ketumbet.[.ÒAN tu.wA kA.tA kA.lu m«.N«n.dAp .ÒAN bE.ÒA/ sAt ni tum.boh k«.tum.bet]Orang tua-tua kata kalau mengendap orang berak nanti tumboh tembel.
sentot[s«n.tot]kata kerjamasukkan kepala ke dalam cangkerang berkenaan haiwan; serotKora-kora kalu tekejut cepat-cepat dia sentot.[k.ÒA.k.ÒA kA.lu t«.k«.dZut tS«.pAt.tS«.pAt s«n.tot]Kura-kura kalau terkejut cepat-cepat kura-kura memasukkan kepala ke dalam cangkerang.
123

Kembali ke atas