Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lut] | کالوت

Definisi : 1. tidak teratur, tidak aman (tenteram, tenang), kacau, kusut: kalau tidak ada pemerintah tentu negeri ~; hati Tajurim demikian ~; fikirannya ~; 2. bercakap yg bukan-bukan (spt orang yg sakit kuat dll), meracau, ngaco: kerana sakitnya berat, maka ia ~; mengalutkan menjadikan kalut: dia mula pening sendiri dlm kekacauan yg begitu ~; kekalutan kekacauan, kekusutan: ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lut] | کالوت

Definisi : tidak tenteram (keadaan dlm negeri dll); tidak aman; kacau; huru-hara: Rumah tangganya ~. ~-malut, = ~-marut kacau-bilau; kelam-kabut; huru-hara. berkalut bercakap yg bukan-bukan; meracau (spt keadaan orang sakit tenat dll): Kerana sakit, maka ia ~. mengalutkan menjadikan kalut; menyebabkan kacau: Tindakan spt itu hanya akan ~ rakyat saja. kekalutan keadaan atau hal kalut; kekacauan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalut
Rujuk :kacau


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cek apa[tSE/ A.pA] ganti nama diri pertama tunggal, digunakan apabila bertutur dengan orang yang lebih tuaCek apa dok kalut la ni, laen kali la cek apa pi rumah tok.[tSE/ A.pA do/ kA.lut lA ni lAen kA.li lA tSE/ A.pA pi Òu.mAh to/]Saya sedang sibuk sekarang, lain kalilah saya pergi ke rumah nenek.
buat nin[bu.wAt nin] berkenaan dengan seseorang yang tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal seperti pekerjaan, perbincangan, teguran, nasihat dan sebagainya.Orang dok kalut bedak reja dia buleh buat nin.[.ÒAN do/ kA.lut bE.dA/ Ò«.dZA di.jA bu.leh bu.wAt nin]Orang sedang sibuk membahagi-bahagikan kerja dia boleh buat nin.

Kembali ke atas