karau | [kA.ÒAw] | kata kerja | 1. menghabiskan isi sahaja dan meninggalkan kuah. | Habeh hang karau laok tinggai kuah gulai saja lagi. | [hA.bEh hAN kA.ÒAw lAo/ tiN.gAj ku.wAh gu.lAj sA.dZA lA.gi] | Awak habiskan lauk tinggal kuah gulai saja lagi. |
| | | 2. menarik sesuatu supaya berkumpul semula (seperti tali, pukat, benang layang-layang dan lain-lain). | Karau cepat-cepat pukat tu pasai ribot nak mai. | [kA.ÒAw tS«.pAt.tS«.pAt pu.kAt tu pA.sAj Òi.bot nA/ mAj] | Tarik cepat-cepat pukat itu sebab nak ribut. |
| | | 3. mengambil atau membolot sesuatu secara tamak. | Mentang-mentang dia anak sulong habeh reta pesaka dia karau kat dia. | [m«n.tAN.m«n.tAN di.jA A.nA/ su.loN hA.beh Ò«.tA p«.sA.kA di.jA kA.ÒAw kAt di.jA] | Mentang-mentang dia anak sulung habis harta pusaka dia bolot. |