Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kering dan berkedut (bkn kulit tubuh, buah, dll), kisut, lisut (kulit tubuh), kempis (bisul): buah yg ~ dan hampir busuk; bunga yg ~; ia kelihatan masih muda, belum begitu ternampak kedut dan ~nya; 2. berkerut; ~-berut Kl, Tr terlampau kecut (sayur, kulit tubuh, dll); 3. = ~ hati ki takut, gentar, gerun: ia gementar, ~ hatinya bukan main; ~ perut ki (berasa) sangat takut, ngeri, gerun; mengecut menjadi kecut (kisut, lisut), mengedut, mengecil: kain itu ~ setelah dibasuh; mengecutkan 1. menyebabkan kecut (kisut, lisut), mengedutkan, mengerutkan: ubat ini boleh ~ bisul dgn segera; 2. = ~ hati menakut­kan, menggentarkan, menggerunkan, menge­rikan: di sana kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati; kekecutan perihal kecut; pengecutan perihal atau perbuatan menge­cut(kan): ~ otot rambut membuat rambut berdiri lebih tegak; pengecut orang yg tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi (tugas dsb), penakut: yg ~ sudah lama lari; ~-~ yg tak boleh diharap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kecut (adjektif)
1. Bersinonim dengan takut: gentar, gerun, gementar, tidak berani,

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut,

Kata Terbitan : mengecut, mengecutkan, pengecut, kekecutan,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
masak kecut[mA.sA/ k«.dZut] berkenaan dengan buah muda yang masak sebelum tempoh matangBuah masak kecut ni burong pon tak buloq.[bu.wAh mA.sA/ k«.dZut ni bu.ÒoN pon tA/ bu.lo)Ö]Buah masak kecut ini burung pun tidak mahu makan.

Kembali ke atas