Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara ber­bagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas sela­matnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kenduri (kata nama)
Bersinonim dengan moreh, lat, penjamuan makan, doa selamat, sedekah, tolak bala.,

Puisi
 

Anak dara menumbuk pandan,
     Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
     Segala yang buruk letak ke tepi.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sambot masak[sAm.bot mA.sA/] kenduri di pihak pengantin lelaki yang dibuat beberapa hari selepas kenduri di pihak penganttin perempaun.Mak Ngah buat sambot masak pasai penganten pompuan orang jaoh.[mA/ NAh bu.wAt sAm.bot mA.sA/ pA.sAj p«.NAn.ten pom.pu.wAn .ÒAN dZAoh]Mak Ngah buat kenduri beberapa hari selepas kenduri di pihak pengantin perempuan sebab pengantin perempuan orang jauh.
sambot mentah[sAmbot m«n.tAh] kenduri di pihak pengantin lelaki yang dibuat sehari selepas kenduri di pihak pengantin perempuanPenganten takat Aloq Setaq dengan Pineng tu kita buat sambot mentah.[p«.NAn.ten tA.kAt A.l)Ö s«.tA)Ö d«.NAn pi.neN tu ki.tA bu.wAt sAmbot m«n.tAh]Pengantin sekadar Alor Setar dan Pulau Pinang kita buat kenduri sehari selepas kenduri di pihak pengantin perempuan.
kemarok[k«.mA.Òo/]kata namasisa lauk kenduri yang masih boleh dimakan; kebarok.Habeh kenuri depa bawak balek kemarok.[hA.beh k«.nu.Òi dE.pA bA.wA/ bA.le/ k«.mA.Òo/]Habis kenduri mereka semua bawa balik kemarok.
mintak sila[min.tA/ si.lA] menjemput seseorang untuk menghadiri kenduriPak Din mintak sila abang pi rumah dia hari Ahad ni.[pA/ din min.tA/ si.lA A.bAN pi Òu.mAh di.jA hA.Òi A.hAd ni]Pak Din menjemput abang untuk menghadiri kenduri di rumahnya pada hari Ahad ini.
kebarok[k«.bA.Òo/]kata namasisa lauk kenduri yang masih boleh dimakan; kemarok.Lepaih kenuri sapa-sapa hat tinggai buleh makan kebarok dengan roti bengali.[l«.pAC k«.nu.Òi sA.pA.sA.pA hAt tiN.gAj bu.leh mA.kAn k«.bA.Òo/ d«.NAn Òo.ti b«.NA.li]Lepas kenduri siapa-siapa yang tinggal boleh makan kebarok dengan roti bengali.
mentara[m«n.tA.ÒA]kata namaorang yang membantu melicinkan perjalanan kenduri kahwin (seperti membawa dan mengangkat hidangan, memberi bunga telur dan sebagainya.)Hari kenuri pukoi dua belaih sampai pukoi satu tengah hari mentara tak menang tangan pasai orang dok timpa.[hA.Òi k«.nu.Òi pu.koj du.wA b«.lAC sAm.pAj pu.koj sA.tu t«.NAh hA.Òi m«n.tA.ÒA tA/ m«.nAN tA.NAn pA.sAj .ÒAN do/ tim.pA]Hari kenduri pukul dua belas sehingga pukul satu tengah hari mentara tidak menang tangan sebab orang ramai datang.
dogeang[d.gE.jAN]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang yang tidak lengkap perhiasannyaPasai tak pakai barang, pi kenduri orang kata dia dogeang.[pA.sAj tA pA.kAj bA.ÒAN pi ÒE.nu.Òi o.ÒAN kA.tA di.jA d.gE.jAN]Sebab tidak memakai barang kemas semasa kenduri orang kata dia dogeang.
   2. kawasan memasak dan mengurus hidangan untuk majlis kenduri kahwin.Kalu nak tambah dalca hang pi ambek dekat gedohoq.[kA.lu nA tAm.bAh dAl.tSA hAN pi Am.bE d«.kAt g«.do.h)Ö]Kalau hendak tambah dalca lagi kamu pergi ambil di gedohok.
gerau[g«.ÒAw]kata namaketua tukang masak semasa kenduri kahwinPak Me jadi gerau masa aku kawen.[pA mE dZA.di g«.ÒAw mA.sA A.ku kA.wen]Pak Ismail jadi ketua tukang masak semasa saya kahwin.
balai[bA.lAj]kata namabinaan berlantai yang berbumbung dibina khusus untuk jamuan kenduri kahwin.Orang ramai makan kat balai, penganten makan depan pelamin.[o.ÒAN ÒA.mAj mA.kAn kAt bA.lAj p«.NAn.ten mA.kAn d«.pAn p«.lA.min]Orang ramai makan di balai, pengantin makan depan pelamin.
123

Kembali ke atas