Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.bau] | کرباو

Definisi : sj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam­-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-­merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg ber­bintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peli­haraan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pe­kerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb ter­cengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah di­tepati; laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb meng­halang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb meno­long orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahu­an orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu peker­jaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.bau] | کرباو

Definisi : ; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput ala negeri, rumput pahit, Paspalum conjugatum; rumput ~ derapah sj tumbuhan (pokok renek), kacang kayu betina, Desmodium heterocarpum (polycarpum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.bau] | کرباو

Definisi : binatang ternakan yg seakan-akan lembu tetapi lebih besar dan umumnya berwarna kelabu kehitam-hitaman, Bubalus bubalis. ~ balar kerbau yg berwarna putih kemerah-merahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerbau

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Dia makan padang senduduk;
Kapur saya kapur intan,
     Jangan dicedok dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Seekor kerbau membawa lumpur,
     semuanya terpalit.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).

 

Lihat selanjutnya...(65)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tan I[tAn]kata namabinaan kekal tempat penyembelihan lembu atau kerbauLembu orang sembeleh di tan, lepaih tu depa bawak pi merket.[l«m.bu .ÒAN s«m.b«.leh di tAn l«.pAC tu dE.pA bA.wA/ pi m«Ò.ket]Orang sembelih lembu di tempat penyembelihan, selepas itu mereka membawa lembu ke pasar.
andoh[An.doh]kata kerjamenolak kepala secara berulang-ulang (anak haiwan seperti kambing, lembu atau kerbau ke bahagian susu ibunya).Ibu kambin lari merata pasai anak dia dok andoh.[i.bu kAm.bin lA.Òi m«.ÒA.tA pA.sAj A.nA di.jA do An.doh]Ibu kambing lari merata sebab anaknya menolak kepala secara berulang-ulang ke bahagian susunya.
selopiang[s«.l.pi.jAN]kata adjektif1. kotor yang banyak; belopiangPak Den cerok ayaq dekat rebau yang selopiang.[pA/ dEn tS«.Òo/ A.jA)Ö d«.kAt Ò«.bAw jAN s«.lo.pi.jAN]Pak Din mencurah air pada kerbau yang kotor.
goh[goh]kata namabonggol pada bahagian atas belakang lembu jantanLembu jantan ada goh tapi rebau jantan tak dak.[l«m.bu dZAn.tAn A.dA goh tA.pi Ò«.bAw dZAn.tAn tA dA]Lembu jantan ada bonggol tapi kerbau jantan tidak ada.

Kembali ke atas