Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kering,

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Kering tempayan,
     cebok pun jauhlah.

Bermaksud :

Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(40)

478

When the wolf comes in at the door, love creeps out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ikan daen[i.kAn dAen] isi ikan kering yang besarIkan daen sedap goreng buboh bawang dengan cabai kerin[i.kAn dAen s«.dAp go.ÒeN bu.boh bA.wAN d«.NAn tSA.bAj k«.Òin]Isi ikan kering yang besar sedap digoreng bersama bawang dan cili kering.
seroi[s«.Òoj]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang halus dan keringSagon besanya seroi, maneh dan lemak.[sA.gon bE.sA.øA s«.Òoj mA.neh dAn l«.mA]Sagun biasanya halus dan kering, manis dan lemak.
roti[ҍ.ti]kata namabiskut keringTak dak apa aku nak jamu hang, roti ni saja yang ada.[tA dA A.pA A.ku nA dZA.mu hAN ҍ.ti ni sA.dZA jAN A.dA]Tidak ada apa saya hendak menjamu awak, biskut ini saja yang ada.
tamban kiat[tAm.bAn ki.jAt] ikan tamban kering   
peroi[p«.Òoj]kata kerjamenabur sesuatu yang kering dan halusApom balek dekat nak masak baru peroi gula dengan kacang.[A.pom bA.le d«.kAt nA mA.sA bA.Òu p«.Òoj gu.lA d«.NAn kA.tSAN]Apam balik hampir masak baru tabur gula dan kacang.
kue bakaq[kue bA.kA)Ö] sejenis kuih kering daripada tepung ubi, tepung gandum, santan, telur, dan gula dan dibakar, kuih bangkit.   
seredak[s«.Ò«.dA]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu makanan yang kering yang tidak boleh dikira seperti beras, kopi, gula dan lain-lainBaru tengah bulan beraih dah tinggai seredak.[bA.Òu t«.NAh bu.lAn b«.ÒAC dAh tiN.gAj s«.Ò«.dA]Baru tengah bulan beras tinggal sikit sahaja.
bekeretang[b«.k«.Ò«.tAN]kata adjektifberkenaan dengan kotoran yang kering pada sesuatu permukaan seperti anggota badan manusia, haiwan, pakaian, dan dinding.Pipi budak tu bekeretang dengan hinguih.[pi.pi bu.dA tu b«.k«.Ò«.tAN d«.NAn hi.NuC]Pipi budak itu bekeretang dengan hingus.
nasik sorok[nA.si so.Òo] nasi berserta lauk tertentu (seperti gulai ikan kering, kerabu dan sambal) yang dihidangkan sebelum jamuan kenduriMasa aku mai tadi, depa tengah dok makan nasik sorok.[mA.sA A.ku mAj tA.di dE.pA t«.NAh do mA.kAn nA.si so.Òo]Semasa saya sampai tadi, mereka sedang makan nasi sorok.
belutin[b«.lu.tin]kata adjektifkotor daripada selut atau lumpur yang telah kering di bahagian kaki.Pi basoh kaki hang yang belutin dengan selut bereseh-bereseh baru naek ataih rumah.[pi bA.soh kA.ki hAN jAN b«.lu.tin d«.NAn s«.lut b«.Ò«.seh.b«.Ò«.seh bA.Òu nAe A.tAC Òu.mAh]Pergi basuh kaki awak yang kotor dengan selut bersih-bersih baru naik atas rumah.

Kembali ke atas