Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khut.bah] | خطبه

Definisi : Ar pidato (biasanya yg mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan: sembahyang Jumaat didahului oleh ~; berkhutbah 1. berpidato atau bersyarah (mengenai hal-hal agama dll): mereka duduk bersila mendengar tok imam ~ dgn suara yg nyaring; 2. ki berleter: pagi-pagi lagi ibunya sudah ~; mengkhutbahkan menerangkan atau menghuraikan (ajaran agama dll) dlm khutbah: sudah tiga kali perkara itu dikhutbahkannya kpd jemaah di masjid itu; pengkhutbah ark orang yg berkhutbah, pen­syarah atau pembicara (terutama mengenai perkara-perkara keagamaan); ~ Injil pendeta Kristian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khut.bah] | خطبه

Definisi : syarahan yg berisi ajaran atau nasihat mengenai agama dll: ~ itu pendek tetapi bernas. berkhutbah bersyarah atau berpidato mengenai hal-hal agama dll: Ketika imam ~, para jemaah mendengarnya dgn khusyuk. mengkhutbahkan menerangkan atau menjelaskan sesuatu (ajaran agama dll) dlm khutbah: Dia khusyuk mendengar segala yg dikhutbahkan oleh pak lebai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khutbah


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
khutbahkata namakata namaakad nikah.Depa dah khutbah bulan lepaih, cuti sekolah ni baru nak kenuri.[dE.pA dAh Xut.bAh bu.lAn l«.pAC tSu.ti s«.k.lAh ni bA.Òu nA/ k«.nu.Òi]Mereka sudah akad nikah bulan lepas, cuti sekolah ini baru dibuat kenduri.

Kembali ke atas