Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ra.ki.ra] | کيرا٢

Definisi : 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ra.ki.ra] | کيرا٢

Definisi : 1 lebih kurang: Kami tiba di sana ~ pd pukul empat petang. 2 = ilmu ~ ilmu hitung-menghitung; ilmu hisab: ~ campur (tolak, darab, bahagi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,

Puisi
 

Tidak dapat dikira-kira,
     Air mata jatuh segera;
Karam di laut angin di udara,
     Karam di hati kerana cinta.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Gamak-gamak seperti menyambal.

Bermaksud :

Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   5. melakukan sesuatu sesuka hatiDia maen tutoh reta ikut dan, tak kira lampu hijau, lampu merah dia redah saja[di.jA mAen tu.toh ÒE.tA i.kut dAn tA ki.ÒA lAm.pu hi.dZAw lAm.pu mE.ÒAh di.jA Ò«.dAh sA.dZA]Dia membawa kereta sesuka hati, tidak kira lampu hijau, lampu merah dia rempuh saja.
   3. mencuriKalu budak-budak masok dalam kedai dia kira nak menyerama[kA.lu bu.dA/.budA/ mA.so/ dA.lAm k«.dAj di.jA ki.ÒA nA/ m«.ø«.ÒA.mA]Kalau budak-budak masuk ke dalam kedai, mereka asyik hendak mencuri.
daih[dAC]kata kerjamenjatuhkan seseorang dengan menggunakan kaki, membentes.Lece maen bola dengan dia, dia kira daih orang.[lE.tSE mAen b.lA d«.NAn di.jA di.jA ki.ÒA dAC o.ÒAN]Lece main bola dengan dia, dia asyik membentes orang.

Kembali ke atas