Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ré/] | کوريق

Definisi : (korék); ~ api gores api, mancis api; ~ gigi kayu dll yg halus utk mencungkil gigi; ~ kuping (telinga) pencungkil tahi telinga; mengorek 1. membuat lubang (pd sesuatu benda atau di dlm tanah), mencungkil, mene­buk, mengeruk, menggali: ~ lubang utk menanam sampah dll; 2. ki menggores; ~ hati menggores hati; 3. ki menyiasat atau mencari-cari (utk mengetahui sesuatu yg rahsia atau tersembunyi), mengata-ngata (keburukan orang dll), mengkritik: polis telah dapat ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu; 4. ki memperoleh (wang, keuntungan, dll), mendapat (untung); ~ dompet kawan prb memperdaya supaya kawan membayar perbelanjaan; korekan hasil mengorek: ~ yg terdalam atau terlebar; pengorekan perihal atau perbuatan mengo­rek, penggalian; pengorek 1. alat utk mengorek (mencung­kil), penggerek; 2. orang yg mengorek (membongkar sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ré/] | کوريق

Definisi : (korék); ~ telinga bayar sj ikan laut, Hippocampus kuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ré/] | کوريق

Definisi : (korék) ®kurik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ré/] | کوريق

Definisi : /korék/; ~ api mancis (gores) api. ~ gigi kayu yg halus utk mencungkil apa-apa yg melekat pd gigi. mengorek 1 membuat lubang dgn menggunakan sesuatu alat; menebuk; menggali: ~ lubang dgn bor. 2 mengeluarkan sesuatu dr bahagian dalam atau dr tempatnya (dgn mencungkil): ~ tahi telinga; ~ bijih. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyiasat (utk mencari rahsia): Polis telah dpt ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu. pengorek 1 alat yg digunakan utk mengorek. 2 orang yg menyiasat atau yg membongkar rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
korek (kata kerja)
Bersinonim dengan gali, cungkil, tebuk, keruk;,
Kata Terbitan : mengorek, korekan, pengorekan, pengorek,

Puisi
 

Berani sungguh anak tupai,
     Korek kelapa tengah hari;
Sungguh wangi bunga rampai,
     Taruh kepala tidak berseri.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
koi[koj]kata tugasmakin.Koi korek, koi dalam, ayaq dok takat tu jugak.[koj k.ÒE/ koj dA.lAm A.jA)Ö do/ tA.kAt tu dZu.gA/]Makin korek, makin dalam, air masih pada tahap itu juga.
dajai[dA.dZAj]kata namaalat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, berhulu dan mempunyai dua mata yang melengkungKita kena pakai dajai nak korek lubang pasai tanah tu banyak batu.[ki.tA k«.nA pA.kAj dA.dZAj nA ko.Òe lu.bAN pA.sAj tA.nAh tu bA.øA bA.tu]Kita perlu guna dajai untuk mengorek lubang sebab tanah itu banyak batu.
geredi[g«.Ò«.di]kata kerjamengorek lubang telinga dengan menggunakan sesuatu (seperti tangan, putik kapas, mancis dan lain-lain).Beat Pak Leh suka geredi telinga dengan rokok daon.[bE.At pA lEh su.kA g«.Ò«.di t«.li.NA d«.NAn ҍ.k dAon]Tabiat Pak Saleh suka korek telinga dengan rokok daun.

Kembali ke atas