[krim] | کريم
Definisi : 1. cecair pekat atau kental berlemak yg berwarna kekuning-kuningan yg timbul di atas permukaan susu dan dijadikan sbg makanan; warna ~ warna kuning keputih-putihan; 2. bahan makanan yg lembut, pekat, dan manis yg berupa spt krim; ~ karamel pencuci mulut yg dibuat drpd telur, gula, susu, dll yg dibubuh karamel di atasnya; 3. bahan berubat yg pekat dan lembut spt krim yg digunakan utk melembutkan kulit, menyerikan rambut, dsb; ~ asas krim yg digunakan sbg asas utk mekap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[krim] | کريم
Definisi : 1 cecair pekat atau bahan yg agak kental yg berlemak dan berwarna kekuning-kuningan. 2 bahan yg pekat (spt yg digunakan sbg alat solek) yg disapukan pd kulit dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)