Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuah] | کواه

Definisi : air atau cairan drpd gulai (masakan sayur, masakan daging, dll) yg dicurahkan ke dlm nasi dll (apabila makan): ~ gulai ikan; ~ lemak; ~ pedas; ~nya pekat; ~ sama dihirup, sambal sama dicolek prb bersama-sama dlm senang dan susah; ~ tumpah (tertuang, tertunggang) ke nasi a) prb Mn dikatakan mengenai anak yg dikahwinkan dgn kemanakan (anak saudara perempuan); b) ki sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya; ke mana tumpah ~ kalau tidak ke nasi prb baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya; harapkan kuning ~ kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan yg besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yg kecil tapi sudah tentu, dilepaskan; berkuah dgn kuah, memakai (ada) kuah: makan ~; ~ air mata ki selalu menderita kesusahan; menguahi memberi berkuah pd, membubuh kuah pd: ~ nasi; menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah: ~ gulai lemak ke nasinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuah] | کواه

Definisi : cairan dlm masakan (terutamanya air gulai, air sayur dll) yg dimakan dgn nasi. berkuah ada kuahnya; dgn kuah: masakan ~. berkuahkan ada atau mempunyai sesuatu sbg kuah: Caca ialah masakan sayur-sayuran yg ~ cuka. menguahi membubuh atau menuang kuah pd: ~ nasi. menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuah

Puisi
 

Naik bukit bermain angin,
     Makan buah serba rasa;
Sakit sungguh tinggal bermain,
     Makan kuah berair mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kuah tertunggang ke nasi,
     nasi akan dimakan juga.

Bermaksud :

Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(11)

1

An apple doesn't roll far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that an apple doesn't roll far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
piau[pi.jAw]kata adjektif1. pekat berkenaan kuah, minuman dan sebagainyaKuah laksa tu piau sangat, boh ayaq sikit.[ku.wAh lA.sA tu pi.jAw sA.NAt boh A.jA)Ö si.kit]Kuah laksa itu sangat pekat, tambah air sedikit.
karau[kA.ÒAw]kata kerja1. menghabiskan isi sahaja dan meninggalkan kuah.Habeh hang karau laok tinggai kuah gulai saja lagi.[hA.bEh hAN kA.ÒAw lAo/ tiN.gAj ku.wAh gu.lAj sA.dZA lA.gi]Awak habiskan lauk tinggal kuah gulai saja lagi.
cap-cap[tSAp.tSAp]kata adjektif1. berkenaan dengan kuah yang sangat sedikit.Orang buat sambai tomeh kuah cap-cap.[.ÒAN bu.wAt sAm.bAj to.meh ku.wAh tSAp.tSAp]Orang buat sambal tumis kuahnya sedikit sahaja.
bedengung[b«.d«.NuN]kata adjektif1. terlalu pedas.Bedengung sunggoh kuah rojak tu pasai ada cabai melaka.[b«.d«.NuN suN.goh ku.wAh Òo.dZA tu pA.sAj AdA tSA.bAj m«.lA.kA]Terlalu pedas kuah rojak itu sebab ada cili padi.

Kembali ke atas