Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rang.ku.rang] | کورڠ٢

Definisi : 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Puisi
 

Kurang bulat sembayan sakar,
     Akan membubur si kacang gadung;
Tanah bersukat jangan diekar,
     Kalau diekar siapa yang tanggung?


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Kurang sisik,
     tinggal lidi di buku;
selidik,
     tinggal kaji di guru.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.

 

Lihat selanjutnya...(87)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
koq[k)Ö]kata namagelung daripada simen.Tera tu punya dalam, kurang-kurang lima koq baru cukop.[t«.ÒA tu pu.NA dA.lAm ku.ÒAN.ku.ÒAN li.mA k)Ö bA.Òu tSu.kop]Kedalaman seperti itu, sekurang-kurangnya lima gelung simen baru cukup.
suku[su.ku ]kata namadua puluh lima senKurang suku lagi cukop seringget.[ku.ÒAN su.ku lA.gi tSu.kop s«.ÒiN.get]Kurang dua puluh lima sen lagi genap seringgit.
   2. berkenaan dengan wajah yang kurang menarikKulet putih tu tak apa dah, tapi muka pot sikit.[ku.let pu.teh tu tA/ A.pA dAh, tA.pi mu.kA pot si.kit]Kulit putih tidak mengapa, tapi wajah kurang menarik.
   2. berkenaan dengan seseorang yang tingkah lakunya kurang sopan atau tidak senonoh.Keloloh sunggoh dia tu mai kentot depan kami.[k«.l.lh suN.goh di.jA tu mAj k«n.tot d«.pAn kA.mi]Kurang sopan sungguh dia itu datang kentut depan kami.
   2. berkenaan dengan makanan yang tidak lebih dan tidak kurang.Laok tu cap-cap untok sepuloh orang saja.[lAo/ tu tSAp.tSAp un.to/ s«.pu.loh .ÒAN sA.dZA]Lauk tu tidak lebih dan tidak kurang, hanya untuk sepuluh orang.
lesiaq[lE.si.jA)Ö]kata adjektifberkenaan dengan paras rupa yang kurang menarik (berkenaan perempuan)Adek beradek depa tu semuanya puteh tapi lesiaq.[A.de/ b«.ÒA.de/ dE.pA tu s«.mu.wA.øA pu.teh tA.pi lE.si.jA)Ö]Mereka adik beradik semuanya puteh tapi kurang menarik.
hewan[hE.wAn]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang melakukan sesuatu yang kurang sopan (seperti bersiul, menggoyangkan kaki, menyanyi dan lain-lain)Baru umoq empat taon berani menari depan orang, hewan sunggoh.[bA.Òu u.m)Ö «m.pAt tAon b«.ÒA.ni m«.nA.Òi d«.pAn .ÒAN hE.wAn suN.goh]Baru berusia empat tahun sudah berani menari di hadapan orang ramai, sungguh kurang sopan.
   2. sombong dan kurang ajar.Sejak dia naek pangkat nampak juah sunggoh, kawan baek pon dia tak mau tegok.[s«.dZA/ di.jA nAe/ pAN.kAt nAm.pA/ dZu.wAh suN.goh kA.wAn bAe/ pon di.jA tA/ mAw t«.go)Ö]Sejak dia naik pangkat nampak sangat sombongnya, kawan baik pun dia tidak mahu tegur.
becinta[b«.tSin.tA]kata adjektifrasa berat hati untuk melakukan sesuatu kerana sesuatu sebab yang kurang menyenangkan.Aku becinta sunggoh nak pi rumah mak mentua aku, pasai jaoh sangat.[A.ku b«.tSin.tA suN.goh nA pi Òu.mAh mA m«n.tu.wA A.ku pA.sAj dZAoh sA.NAt]Saya merasa berat hati hendak pergi rumah ibu mentua saya sebab jauh sangat.
mengibaihkata kerjakata kerjamenganginkan padi untuk mengasingkan padi daripada hampa dengan cara mengibas-ngibas menggunakan nyiru. Proses ini dilakukan paling kurang oleh enam orang atau lebih. Padi dikaut dengan talam dan ditebarkan di satu kawasan yang di khaskan kemudian dikibas oleh beberapa orang menggunakan nyiruKalu tak dak orang yang buleh mengibaih minggu ni kita buat minggu depan.[kA.lu tA/ dA/ .ÒAN jAN bu.leh m«.Ni.bAC miN.gu ni ki.tA bu.wAt miN.gu d«.pAn]Kalau tidak ada orang yang boleh mengibas minggu ini kita buat minggu hadapan.

Kembali ke atas