Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.rus] | کوروس

Definisi : 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~; memperlihatkan ~ tidak berbaju prb men­dedahkan kemiskinan kita kpd orang; mengurus menjadi kurus, merana; menguruskan menyebabkan kurus, mem­buat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.rus] | کوروس

Definisi : tidak gemuk atau tidak gempal (bkn tubuh badan dll): Ahmad ~ tetapi Ali gemuk. menguruskan menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurus (adjektif)
Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;,
Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan,

Puisi
 

Kucing kurus mandi di papan,
     Papan bernama si kayu jati;
Bukanlah kurus sebab tak makan,
     Kurus menahan dendam di hati.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Awak kurus daging menimbun.

Bermaksud :

Orang kaya yang berpura-pura miskin.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. berkenaan dengan badan seseorang yang kurus selepas pulih daripada sakit; serohLepaih belah, badan dia nampak sereyat.[l«.pAC b«.lAh bA.dAn di.jA nAm.pA/ s«.Ò«.jAt]Selepas dibedah badannya kelihatan kurus.
seroh[s«.ҍh]kata adjektifberkenaan dengan badan seseorang yang kurus selepas pulih daripada sakit; sereyatAku nampak hang seroh lepaih demam.[A.ku nAm.pA/ hAN s«.ҍh l«.pAC d«.mAm]Saya nampak awak kurus selepas demam.
kemeroi[k«.mE.Òoj]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang kurus, kecil dan kerdil kerana pertumbuhan badan yang tidak sempurna; kemere.Anak hang cacin ni pasai tu nampak kemeroi.[A.nA/ hAN tSA.tSin ni pA.sAj tu nAm.pA/ k«.mE.Òoj]Anak awak ini menghidap cacing sebab itu nampak kurus.
kemere[k«.mE.ÒE]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang kurus, kecil dan kerdil kerana pertumbuhan badan yang tidak sempurna; kemeroi.Tuan dia dengan kambin dia sama-sama kemere.[tu.wAn di.jA d«.NAn kAm.bin di.jA sA.mA.sA.mA k«.mE.ÒE]Tuannya dengan kambingnya sama-sama kurus.

Kembali ke atas