Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.tip] | کوتيڤ

Definisi : ; mengutip 1. memungut benda kecil­kecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji): ~ buah yg telah gugur; setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah; 2. memetik (berita dll), mengambil (men­cabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (drpd sesuatu karangan, ucapan, dll): Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah; 3. mengumpulkan sesuatu dgn mengambil drpd berbagai-bagai sumber: ~ maklumat yg lengkap; ~ derma; kutipan 1. pungutan (derma dll): wang ~; 2. petikan (karangan, cerita, dll): ~ beberapa fasal drpd undang-undang hukum pidana; pengutipan perihal (perbuatan dsb) mengu­tip; pengutip orang yg mengutip, pemungut: ~ derma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.tip] | کوتيڤ

Definisi : ; mengutip 1 memungut benda kecil-kecil atau buah-buahan satu demi satu: Mari kita pergi ~ buah berangan. 2 mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi karangan (berita dll); memetik: Dia ~ beberapa potongan berita dr surat khabar. 3 mengumpulkan sesuatu (spt derma, cukai) drpd berbagai-bagai sumber: Orang ramai dilarang ~ derma tanpa kebenaran polis. kutipan sesuatu yg dikutip; pungutan (derma dll); petikan (drpd berita, karangan dll). pengutipan perbuatan atau hal mengutip: Hasil ~ derma itu telah disampaikan kpd mangsa-mangsa kebakaran. pengutip orang yg mengutip; pemungut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kutip
Kata Terbitan : mengutip, kutipan,

Puisi
 

Kutip udang ulam pegaga,
     Hendak letak tiada berbara;
Anak orang orang juga,
     Hendak minta tiada belanja.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. kelindanKolek baih reja dia kutek duet, tapi kolek lori reja jaga barang ataih lori.[k.lEt bAC Ò«.dZA di.jA ku.te/ du.wet tA.pi k.lEt lo.Òi Ò«.dZA dZA.gA bA.ÒAN A.tAC lo.Òi]Konduktor bas kerjanya kutip duit, tapi kelindan kerjanya menjaga barang di atas lori.

Kembali ke atas