[ku.yu] | کويو
Definisi : 1. tidak berseri, muram, suram (muka); 2. = mata ~ tertutup sedikit, hampir-hampir pejam (mata): matanya yg tadi ~ dan mengantuk kini cerah semula; 3. = hati ~ sedih, dukacita, sayu; 4. Mn penakut, pengecut; kekuyuan menjadi kuyu: matanya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.yu] | کويو
Definisi : 1 tidak berseri mukanya; tidak gembira; muram. 2 = mata ~ hampir-hampir pejam matanya (spt mata orang mengantuk); tertutup sedikit matanya; luyu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)