Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
keromot[k«.Òo.mot]kata adjektif1. berkedut berkenaan kain, kertas dan lain-lain.Awat ambek retaih keromot, tak dak retaih laen ka?[A.wAt Am.be/ Ò«.tAC k«.Òo.mot tA/ dA/ Ò«.tAC lAen kA]Mengapa ambil kertas berkedut, tidak ada kertas lainkah?
tinaih[ti.nAC]kata kerja1. menindih serangga kecil seperti kutu, pijat, semut dan lain-lain menggunakan ibu jariBanyak sangat kutu hang, lengoh aku nak tinaih.[bA.øA sA.NAt ku.tu hAN l«.Noh A.ku nA ti.nAC]Banyak sangat kutu awak, penat saya menindih dengan jari.
jujoh[dZu.dZoh]kata adjektif1 berkenaan dengan buah bermusim (seperti durian, manggis, rambutan dan lain-lain) yang boleh didapati dengan banyak ketika musimnyaPak pesan balek awai sikit, derian tengah dok jujoh.[pA/ p«.sAn bA.le/ A.wAj si.kit d«.Òi.jAn t«.NAh do/ dZu.dZoh]Bapa pesen balik awal sikit, durian sedang banyak.
loceh[lo.tSEh]kata kerja1. menanggalkan barang perhiasan seperti gelang, cincin, jam tangan, rantai dan lain-lainPenyamun paksa dia loceh gelang dengan cincin.[p«.NA.mun pA/.sA di.jA lo.tSeh g«.lAN d«.NAn tSin.tSin]Penyamun memaksanya melorot gelang dan cincin.
hap-hap[hA)p.hA)p]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang atau haiwan yang sesak nafas (nazak, semput, penat, lelah dan lain-lain)Orang kalu silap makan la-la tu dia buleh hap-hap.[o.ÒAN kA.lu si.lAp mA.kAn lA.lA tu di.jA bu.leh hA)p.hA)p]Orang kalau tersilap makan pada masa itu juga boleh sesak nafas.
sentot[s«n.tot]kata adjektif1. berkenaan dengan muka atau kelakuan seseorang disebabkan oleh sesuatu hal yang negatif contohnya apabila dimarahi, dituduh dan lain-lainAdek aku sentot pasai mak aku marah dia tak pi mengaji kuran.[A.de A.ku s«n.tot pA.sAj mA A.ku mA.ÒAh di.jA tA pi m«.NA.dZi kuÒ.An]Adik saya sentot sebab mak memarahinya kerana tidak pergi belajar al-Quran.
acan-acan maen[A.tSAn.A.tSAn mAen] 1. mempermain-mainkan arahan atau nasihat orang lain; tegege-gege.Orang dok bagi nasihat dia buat acan-acan maen pulak.[.ÒAN do/ bA.gi nA.si.hAt di.jA bu.wAt A.tSAn.A.tSAn mAen pu.lA/]Saya memberinya nasihat, dia mempermain-mainkan pula.
petek[p«.te]kata kerja1. menuju guli dengan cara jari sebelah tangan memegang guli dan satu jari tangan yang lain lagi menolak guliTala betoi-betoi guli dia baru hang petek kuat-kuat.[tA.lA b«.toj.b«.toj gu.li di.jA bA.Òu hAN p«.te ku.wAt.ku.wAt]Tala betul-betul gulinya baru awak tuju kuat-kuat.
laeh[lA.eh]kata adjektif1. letih, lemah atau tidak bermaya.Awat hang nampak laeh sangat, orang laen pon posa jugak.[A.wAt hAN nAm.pA/ lAeh sA.NAt .ÒAN lAen pon p.sA dZu.gA/]Mengapa awak nampak sangat letih, orang lain pun puasa juga.

Kembali ke atas