Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ki.laki] | لاکي٢

Definisi : 1. jantan (lebih halus), lwn perem­puan: ia gadis yg tidak mempunyai sebarang teman ~; 2. ki berani, keberanian, pemberani: hatinya memang ~, patah sayap bertongkat­kan paruh, namun kehendak diteruskan juga; kelaki-lakian 1. sifat laki-laki, tingkah laku (gerak-geri) laki-laki: Alias memiliki sifat­sifat ~ yg tulen, jujur, ikhlas, berhemah tinggi serta berupa kacak; 2. ki keberanian, ketang­kasan, kegagahan: apabila seorang anak muda kaum itu hendak kahwin, ia harus menunjuk­kan ~nya dgn membawa kepala orang ke kampungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ki.laki] | لاکي٢

Definisi : , lelaki 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laki-laki

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Menanti laki pulang maling.

Bermaksud :

Tidak tenteram, selalu waswas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   6. makan suapLaki dia kena tangkap pasai tutoh duet serekat.[lA.ki di.jA k«.nA tAN.kAp pA.sAj tu.toh du.wet s«.ÒE.kAt]Suaminya ditangkap sebab makan suap wang syarikat.
   3. terlalu marah.Bedesiu aku bila dengaq Minah pangge laki aku `abang'.[b«.d«.si.ju A.ku bi.lA d«.NA)Ö mi.nAh pAN.gE lA.ki A.ku A.bAN]Saya terlalu marah apabila mendengar Minah memanggil suami saya 'abang'.
merak buih[m«.ÒA/ buC] tersangat sombong serta berlagak[sejak laki dia jadi YB, bini dia tu cukup merak buih.[s«.dZA/ lA.ki di.jA dZA.di wAj.bi bi.ni di.jA tu tSu.kop m«.ÒA/ buC]Semenjak suaminya menjadi Yang Berhormat, isterinya itu tersangat sombong serta berlagak.
siru[si.Òu]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang berlagak dan sombongLaki baru dapat sagen, bini punyala siru.[lA.ki bA.Òu dA.pAt sA.gen bi.ni pu.øA.lA si.Òu]Suami baru mendapat pangkat sarjan, isteri sudah berlagak dan sombong.
   2. berkenaan dengan muka yang tidak ceria kerana sesuatu sebabKalu adek beradek laki dia mai, muka dia mola tepeleot.[kA.lu A.de b«.ÒA.de lA.ki di.jA mAj mu.kA di.jA m.lA t«.p«.lE.ot]Kalau adik beradik suaminya datang, wajahnya tidak ceria.
sendo[sEn.do]kata adjektifberkenaan dengan saiz badan yang besarBini dia sendo, tengok ke laki tak padan.[bi.ni di.jA sEn.do tE.No/ k« lA.ki tA/ pA.dAn]Isterinya berbadan besar, lihat suaminya tidak sepadan.
rongkoi I[ҍN.kj]kata kerjamemegang kuat pada bahu atau lengan seseorangDia rongkoi laki dia bila lalu depan kuboq.[di.jA ҍN.kj lA.ki di.jA bi.lA lA.lu d«.pAn ku.bo)Ö]Dia memegang kuat lengan suaminya apabila melalui kubur.

Kembali ke atas