Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liur] | ليور

Definisi : rembesan cair dlm mulut yg dikeluarkan oleh kelenjar liur yg fungsinya memudahkan makanan ditelan dan dicerna: ia menelan air ~nya melihat makanan itu; air ~ basi a) air liur yg meleleh keluar sewaktu tidur; b) tajuk perbualan yg sudah lama; menjilat air ~ prb yg sudah dicela dipuji kembali, sudah dibuang diambil balik; berliur, meliur mengeluarkan air liur; ~ masin ki a) pandai berkata-kata; b) apa yg dikatakannya diiakan orang; terliur ingin benar akan: aku ~ sungguh hendak makan asam; peliuran perihal (proses atau perbuatan) mengeluarkan air liur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liur] | ليور

Definisi : ; air ~ air ludah yg cair atau yg meleleh. air ~ basi air liur yg meleleh keluar ketika tidur. meliur mengeluarkan air liur. terliur ingin benar akan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liur

Peribahasa

Menjilat air liur (= ludah).

Bermaksud :

Yang sudah dicela dipuji kembali.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
belenja[b«.l«n.dZA]kata adjektif1. berkenaan dengan air liur yang sentiasa keluar.Ada benda hat aku mengidam tak dapat pasai tu anak aku belenja.[A.dA b«n.dA hAt A.ku m«.Ni.dAm tA dA.pAt pA.sAj tu A.nA A.ku b«.l«n.dZA]Ada benda makan yang saya idamkan tidak dapat sebab itulah anak saya sentiasa keluar air liurnya
bedanok[b«.dA.no]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang kotor, seperti pakaian, badan, dan dinding.Bantai tu bedanok dengan ayaq lioq basi.[bAn.tAj tu b«.dA.no d«.NAn A.jA)Ö li.jo)Ö bA.si]Bantal itu kotor dengan air liur basi.

Kembali ke atas