Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.cam] | ماچم

Definisi : 1. keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa: kain ini ada dua ~; 2. laksana, seperti, umpama: ~ rusa masuk kampung; 3. cara, kaedah: walau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dgn orang tuanya; apa ~ a) = ~ apa (mana) bagaimana; b) apa pendapatmu? semacam 1. sebangsa, sejenis; 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya mena-ruh khianat di dlm hati; bermacam berbagai(-bagai); bermacam-macam, macam-macam ber­bagai-bagai, berjenis-jenis, berupa-rupa; mempermacam-macamkan memperbuat dll bermacam-macam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.cam] | ماچم

Definisi : 1 keadaan atau sifat sesuatu benda; jenis: Beras Kedah ada dua ~. 2 tidak ubahnya spt; umpama; bagai: ~ anjing dgn kucing. 3 cara melakukan sesuatu; kaedah membuat sesuatu: ~ mana hendak membuat kira-kira ini? bermacam ada macamnya; berbagai. bermacam-macam banyak macamnya; berbagai-bagai; berjenis-jenis: ~ barang ada dijual di sana. semacam 1 satu macam saja; sejenis. 2 = macam tidak ubahnya spt; sebagai: Saya tidak pernah berjumpa orang ~ dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
macam
1. Bersinonim dengan sekolah agama: pondok, pergirian,

2. Bersinonim dengan surau: masjid, langgar.,

Kata Terbitan : bermacam-macam, mempermacam-macamkan,

Puisi
 

Sampan kotak mudik ke Pangkor,
     Singgah pula Pulau Sembilan;
Macam diletak macam diatur,
     Macam cincin permata silan.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Macam kikir besi.

Bermaksud :

Orang kaya yang bakhil.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cerodong III[tS«.ҍ.doN]kata adjektifterlalu berani hingga boleh memudaratkan diri.Awat yang cerodong sangat budak ni, bawak moto macam ribot.[A.wAt jAN tS«.ҍ.doN sA.NAt bu.dA ni bA.wA m.t mA.tSAm Òi.bot]Mengapa berani sangat budak ni, bawa motosikal macam ribut.
   3. seperti, macamTera tu punya alim hang tak mau lagi.[t«.ÒA tu pu.øA A.lim hAN tA/ mAw lA.gi]Seperti itu alimnya awak tidak berkenan lagi.
secotet[s«.tS.tEt]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang sangat kecil atau sedikitTanah tu secotet macam mana nak bagi-bagi hampa adek beradek.[tA.nAh tu s«.tS.tEt mA.tSAm mA.nA nA bA.gi.bA.gi hAm.pA A.de b«.ÒA.de]Tanah itu sangat kecil bagaimana hendak membahagi-bahagikan antara kamu adik beradik.
latu[lA.tu]kata kerja1. menggunakan sesuatu berulang kali.Awat tak lingkop moto tu pasai semua dok latu.[A.wAt tA/ liN.kop m.t tu pA.sAj s«.mu.wA do/ lA.tu]Macam mana tidak rosak motosikal itu sebab semua orang guna.

Kembali ke atas