Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.na.ma.na] | مان٢

Definisi : 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa­siapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.na.ma.na] | مان٢

Definisi : 1 barang apa pun: Ambillah ~ yg kausukai. 2 sesiapa pun; barang siapa: ~ yg letih, bolehlah berehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mana-mana

Puisi
 

Anak Cina sanggul terpacak,
     Mati dibunuh Seri Rama;
Adik laksana buah masak,
     Bau semerbak ke mana-mana.


Lihat selanjutnya...(261)
Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(74)

1

An apple doesn't roll far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that an apple doesn't roll far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. mengawasi atau mengekori pergerakan seseorang.Pak Mat tak buleh pi mana pasai bini dia dok becendoi.[pA mAt tA bu.leh pi mA.nA pA.sAj bi.ni di.jA do b«.tSEn.doj]Pak Mat tidak boleh pergi ke mana-mana kerana isterinya senantiasa mengawasinya.
tang[tAN]kata tugasdiTang mana hang jumpa dia?[tAN mA.nA hAN dZum.pA di.jA]Di mana awak jumpa dia?
tok cai[to tSAj] leluhur atau keturunanTok cai hang asai mana?[to tSAj hAN A.sAj mA.nA]Keturunan kamu asal dari mana?.
hat[hAt]kata tugasyang.Ikot mata hang hat mana lawa?[i.kot mA.tA hAN hAt mA.nA lA.wA]Pada pandangan awak yang mana cantik?
polok[p.l]kata kerjamembolot sesuatuMana aci hang nak polok reta tu kat hang sorang.[mA.nA A.tSi hAN nA/ p.l Ò«.tA tu kAt hAN so.ÒAN]Mana boleh awak hendak membolot harta itu seorang.
kawaq[kA.wA)Ö]kata namapencuri.Kunci pintu dengan tingkap, mana tau sat ni kawaq masok.[kun.tSi pin.tu d«.NAn tiN.kAp mA.nA tAw sAt ni kA.wA)Ö mA.so/]Kunci pintu dan tingkap, mana tahu nanti pencuri masuk.
tak sat[tA sAt] sebentar tadiTak sat dia ada sini, ni dia pi mana pulak.[tA sAt di.jA A.dA si.ni ni di.jA pi mA.nA pu.lA/]Sebentar tadi dia ada di sini, sekarang dia ke mana pula.
kelepek[k«.lE.pE/]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang terlalu letih.Mola-mola pegang posa budak mana pon kelepek.[m.lA.m.lA p«.gAN p.sA bu.dA/ mA.nA pon k«.lE.pE/]Mula-mula berpuasa budak mana pun letih.
becendoi[b«.tSEn.doj]kata kerja1. mengekori dengan rapat ketika berjalan (berkenaan orang atau haiwan).Tang mana saja mak dia pi, anak dia becendoi.[tAN mA.nA sA.dZA mA/ di.jA pi A.nA/ di.jA b«.tSEn.doj]Di mana sahaja emaknya pergi, anaknya mengekori dengan rapat.
kerekau[k«.Ò«.kAw]kata kerjaberikhtiar untuk mendapatkan sesuatu; rekau.Tengah-tengah bulan lagu ni mana aku nak kerekau duet.[t«.NAh.t«NAh bu.lAn lA.gu ni mA.nA A.ku nA/ k«.Ò«.kAw du.wet]Tengah-tengah bulan seperti ini mana saya hendak berikhtiar untuk mendapatkan duit.
123

Kembali ke atas