Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, Garcinia man-gostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan isinya putih lagi manis rasanya), Garcinia mangostana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manggis

Puisi
 

Buah manggis dimakan budak,
     Sayang mempelam buah di hulu;
Jumpa manis makan tak jelak,
     Jumpa yang masam terasa ngilu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Masak durian,
     masak manggis.

Bermaksud :

Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jujoh[dZu.dZoh]kata adjektif1 berkenaan dengan buah bermusim (seperti durian, manggis, rambutan dan lain-lain) yang boleh didapati dengan banyak ketika musimnyaPak pesan balek awai sikit, derian tengah dok jujoh.[pA/ p«.sAn bA.le/ A.wAj si.kit d«.Òi.jAn t«.NAh do/ dZu.dZoh]Bapa pesen balik awal sikit, durian sedang banyak.

Kembali ke atas