Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ta] | مات

Definisi : 1 alat pancaindera pd muka manusia atau binatang yg digunakan utk melihat: ~nya bulat dan hitam. 2 bahagian yg tajam pd sesuatu alat pemotong dsb: ~ pisau ini sumbing. 3 apa-apa yg menyerupai mata 1 atau 2 (bentuknya atau rupanya): ~ bisul; jarum. 4 markah yg diperoleh dlm sesuatu ujian atau pertandingan: Pasukan Selangor dan Pulau Pinang telah mendapat ~ yg sama banyak. ~ air a. tempat air memancut dr tanah; sumber. b. orang yg dikasihi; kekasih. ~ alamat sasaran yg dituju; bulan-bulan; matlamat. ~ angin arah angin datang; arah yg ditunjukkan oleh kompas. ~ cincin batu permata yg ada pd cincin. ~ dacing garis-garis pd batang dacing utk menunjukkan berat sesuatu. ~ duitan orang yg mementingkan wang saja; orang yg tamak akan wang. ~ hati perasaan hati. ~ hitam bahagian biji mata yg berwarna hitam. ~ kail kawat bengkok yg tajam hujungnya utk memancing. ~ kaki buku lali. ~ kasar mata biasa (tidak menggunakan teropong). ~ kayu a. tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu. b. tidak tahu membaca atau menulis. ~ keranjang sangat suka melihat perempuan (ttg lelaki). ~ lembu (kerbau, sapi) nama masakan telur yg digoreng bulat-bulat. ~ panah bahagian hujung anak panah yg tajam. ~ pelajaran jenis-jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan di sekolah-sekolah dll. ~ pencarian pekerjaan yg dilakukan utk memperoleh nafkah. ~ petai mata yg tidak dpt melihat dgn betul. ~ piano bahagian piano yg ditekan-tekan dgn jari utk menghasilkan bunyi. ~ punai lubang pd sesuatu anyaman yg bersegi enam. ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis mata labah-labah dan mata kala jengking. ~ tangga anak tangga. ~ tunas tunas yg baru bercambah. ~ wang jenis wang yg digunakan di sesuatu tempat. mata-mata pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. ~ gelap polis yg mencari rahsia. memata-matai mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; mengamat-amati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Cik Buang pergi ke kedai,
     Belikan saya sebatanglah tiang;
Jangan kata saya tak pandai,
     Mata tak tentu mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(254)
Peribahasa

Bersultan di mata,
     beraja di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(92)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   5. memukul seseorangMata-mata tangkap dia pasai handaih orang.[mA.tA.mA.tA tAN.kAp di.jA pA.sAj hAn.dAC .ÒAN]Polis menangkapnya kerana memukul seseorang.
   2.memberi gelaran kepada seseorang.Depa acan dia dokyok pasai dia reja mata-mata.[dE.pA A.tSAn di.jA do/.j/ pA.sAj di.jA Ò«.dZA mA.tA.mA.tA]Mereka menggelarnya dokyok kerana dia bekerja sebagai polis.
   2. berkenaan dengan sesuatu yang tidak lengkap kelengkapannyaTok sah bawak baskat dogeang tu pi pekan, sat ni mata-mata tangkap.[to sAh bA.wA bAs.kAt do.gE.jAN tu pi p«.kAn sAt ni mA.tA.mA.tA tAN.kAp]Jangan bawa basikal dogeang itu ke bandar, nanti polis tangkap.
becempera[b«.tS«m.p«.ÒA]kata kerjalari bertempiaran kerana dikejar atau terkejut.Orang hat dok maen judi tu pon lari bercempera bila nampak mata-mata mai.[o.ÒAN hAt do mAen dZu.di tu pon lA.Òi b«.tS«m.p«.ÒA bi.lA nAm.pA/ mA.tA.mA.tA mAj]Orang yang sedang bermain judi itu pun lari bertempiaran apabila melihat polis datang.
rudui[Òu.dZuj]kata adjektifberkenaan dengan mata yang kuyu atau mengantukMata dia jeneh mata rudui.[mA.tA di.jA dZ«.neh mA.tA Òu.dZuj]Matanya jenis mata kuyu.
jege[dZ«.gE]kata kerjamembeliakkan mata.Dia jege saja aku tau dia marah.[di.jA dZ«.gE sA.dZA A.ku tAw di.jA mA.ÒAh]Dia membeliakkan mata sahaja saya tahu dia marah.
melebek[m«.lE.bE/]kata adjektifberkenaan dengan mata pisau, parang, cangkul dan lain-lain yang herotPisau ni melebek pasai budak-budak dok pi takek batu.[pi.sAw ni m«.lE.bE/ pA.sAj bu.dA/.bu.dA/ do/ pi tA.ke/ bA.tu]Mata pisau ini herot sebab budak-budak guna untuk menakik batu.
   3. ketawa bersungguh-sungguhBila dia dengaq cerita tu, dia punya langgah sampai tekeluaq ayaq mata.[bi.lA di.jA d«.NA)Ö tS«.Òi.tA tu di.jA pu.øA lAN.gAh sAm.pAj t«.k«.lu.wA))Ö A.jA)Ö mA.tA]Apabila dia mendengar cerita itu, dia ketawa sehingga terkeluar air mata.
kelip pok-kelip poq[k«.lip po)Ö.k«.lip po)Ö] pejam celik berulang kali kerana sesuatu sebab seperti terperanjat, kehairanan atau ketakutan.Mata budak tu kelip pok-kelip poq pasai polis tahan.[mA.tA bu.dA/ tu k«.lip po)Ö.k«.lip po)Ö pA.sAj p.lis tA.hAn]Mata budak itu pejam celik berulang kali sebab polis tahan.
pote[po.tE]kata adjektifberkenaan dengan mata yang rosak sebelah.Kucin tu tak tau tangkap tikoih pasai dia pote.[ku.tSin tu tA tAw tAN.kAp ti.koC pA.sAj di.jA po.tE]Kucing itu tidak tahu menangkap tikus sebab matanya rosak sebelah.
12

Kembali ke atas