Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)

68

Never buy a pig in a poke

Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu.

Membeli kucing dalam karung

"Remember the saying, never buy a pig in a pok. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig

"Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kembang[k«m.bAN]kata adjektifrasa jijik kerana melihat sesuatu seperti lantai atau tanah yang lembab, berair, berdaki, berlumut dan lain-lain.Kembang nak makan di kedai tu bila tengok dapoq dia.[k«m.bAN nA/ mA.kAn di k«.dAj tu bi.lA tE.N/ dA.po)Ö di.jA]Jijik nak makan di kedai itu apabila melihat dapurnya.
kembang tekak[k«m.bAN t«.kA/] berasa tidak berselera apabila melihat makanan yang tidak disukai.Tok kembang tekak tengok hotdog.[to/ k«m.bAN t«.kA/ tE.No/ hot.dog]Nenek tidak berselera tengok hotdog.
mak arok (sintok)[mA/ A.Òo/ sin.to/] berkenaan dengan seseorang yang tidak biasa melihat atau mengalami sesuatu kejadianMak arok, moto besaq lagu ni pon hang tak perenah tengok.[mA/ A.Òo/ sin.to/ m.t b«.sA)Ö lA.gu ni pon hAN tA/ p«.Ò«.nAh tE.No/]Mak arok (sintok) motorsikal sebesar ini pun kamu tidak pernah lihat.
   2. rasa meluat atau benciNaek melugai aku bila tengok perangai budak-budak muda tu.[nAe/ m«.lu.gAj A.ku bi.lA tE.N/ p«.ÒA.NAj bu.dA/.bu.dA/ mu.dA tu]Naik meluat saya apabila melihat perangai budak- budak muda itu.
kerobek[k«.ҍ.bE/]kata kerja1. membelek, mencari dan mengenal pasti sesuatu.Aku tengok hang berejam-rejam dok kerobek reta tu.[A.ku tE.No/ hAN b«.Ò«.dZAm.Ò«.dZAm do/ k«.ҍ.bE/ ÒE.tA tu]Saya melihat awak berjam-jam membelek kereta itu.
lan[lAn]kata adjektifterasa jijik, loya sehingga tidak lalu makan.Aku lan nak makan kat kedai mamak tu bila tengok dapoq dia.[A.ku lAn nA/ mA.kAn kAt k«.dAj mA.mA/ tu bi.lA tE.N/ dA.po)Ö di.jA]Saya berasa jijik hendak makan di kedai mamak itu apabila melihat dapurnya.
becempera[b«.tS«m.p«.ÒA]kata kerjalari bertempiaran kerana dikejar atau terkejut.Orang hat dok maen judi tu pon lari bercempera bila nampak mata-mata mai.[o.ÒAN hAt do mAen dZu.di tu pon lA.Òi b«.tS«m.p«.ÒA bi.lA nAm.pA/ mA.tA.mA.tA mAj]Orang yang sedang bermain judi itu pun lari bertempiaran apabila melihat polis datang.

Kembali ke atas