Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.pat] | مليڤت

Definisi : 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana ke­sempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.pat] | مليڤت

Definisi : membuat sesuatu supaya jadi berlipat: Dia ~ kain yg sudah dibasuh lalu disimpan di dlm almari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Kalau tuan pandai melipat,
     Lipatkan saya sekaki dulang;
Kalau tuan pandai mengikat,
     Uraikan saya di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menyabong[m«.øA.boN]kata kerjameniarap dengan melipat kedua-dua belah kaki ke atasJangan dok menyabong, sat ni mak mati.[dZA.NAn do/ m«.øA.boN sAt ni mA/ mA.ti]Jangan meniarap dengan melipat kedua-dua belah kaki ke atas, nanti mak mati.

Kembali ke atas