Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ca] | ممباچ

Definisi : 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adik-adiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ca] | ممباچ

Definisi : 1 membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membaca

Puisi
 

Pucuk mengkira di dalam dulang,
     Serak dagang bertali-tali;
Murai membaca turunlah pulang,
     Balik abang sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. menenang atau mengarahkan sesuatu (senapang, buku) ketika melakukan sesuatu (menembak, membaca) dalam jangka masa yang agak lamaBudak tu dok perembang komik dalam kedai.[bu.dA tu do p«.Ò«m.bAN ko.mi dA.lAm k«.dAj]Budak itu sedang menenang komik dalam kedai.
betekap[b«.t«.kAp]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang membuat sesuatu kerja dengan tekun.Dia betekap baca buk sampai orang pangge pon tak dengak.[di.jA b«.t«kAp bA.tSA bu/ sAm.pAj .ÒAN pAN.gE pon tA/ d«.NA)Ö]Dia tekun membaca buku sehingga orang memanggilnya pun dia tidak dengar.

Kembali ke atas