Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa

Puisi
 

Saya ke darat ke Pulau Lidi,
     Buah padi pisang jeranang;
Jangan diharap membawa diri,
     Hendak membawa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :

Tidak sombong; rendah diri.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
yong[joN]kata kerjamembawa dan mengawal sekumpulan manusia atau haiwan (contohnya itik)Pagi-pagi dia yong itik pi bendang.[pA.gi.pA.gi di.jA joN i.tE/ pi b«n.dAN]Pagi-pagi dia membawa itik ke sawah.
merembiang[m«.Òem.bi.jAN]kata kerjamembawa banyak barang dengan kedua-dua belah tanganMak dok merembiang barang sampai jalan pon nak jatoh.[mA/ do/ m«.Òem.bi.jAN bA.ÒAN sAm.pAj dZA.lAn pon nA/ dZA.toh]Emak membawa banyak barang dengan kedua-dua belah tangan sehingga berjalan pun hendak terjatuh.
mot[m)t]kata kerjamembawa atau membonceng seseorang atau sesuatu dengan kenderaan (seperti basikal, motosikal, kereta dan sebagainya)Jom aku mot hang naek moto pi pekan.[dZom A.ku m)t hAN nAe/ m.t pi p«.kAn]Mari saya bawa awak naik motorsikal pergi ke bandar.
hele[hE.lE]kata kerjamembawa sesuatu yang berat dengan tangan; rembiang.Penat aku hele barang-barang ni, troli semua dah habeh.[p«.nAt A.ku hE.lE bA.ÒAN.bA.ÒAN ni tro.li s«.mu.wA dAh hA.beh]Penat saya bawa barang-barang ini dengan tangan, troli semua suah habis.
rembiang[ÒEm.bi.jAN]kata kerjamembawa sesuatu yang berat dengan tangan; heleAku tak larat nak rembiang beg ni di stesen retapi, aku upah kuli angkat beg.[A.ku tA lA.ÒAt nA ÒEm.bi.jAN beg ni di stE.sEn ÒE.tA.pi A.ku u.pAh ku.li AN.kAt beg]Saya tidak berupaya hendak rembiang beg ini di stesen keretapi, saya upah kuli mengangkat beg.
merendeh[m«.ÒEn.dEh]kata kerja1. membawa sesuatu yang banyak dengan tanganApa yang hang merendeh banyak sangat ni, hang balek dari pasa malam ka?[A.pA jAN hAN m«.ÒEn.dEh bA.øA/ sA.NAt ni hAN bA.le/ dA.Òi pA.sA mA.lAm kA]Apa yang awak bawa banyak sangat ini, awak balik dari pasar malam ke?
kiliaq[ki.li.jA)Ö]kata kerjamembawa wanita yang bukan muhrim, ditujukan kepada lelaki.Aku jerembab Bang Ali tengah dok kiliaq pompuan di Pineng Road.[A.ku dZ«.Ò«m.bAb bAN A.li t«.NAh do/ ki.li.jA)Ö pom.pu.wAn di pi.neN ro.Ad]Saya tersempak Abang Ali sedang bawa perempuan di Jalan Penang.
pelantaq[p«.lAn.tA)Ö]kata namabahagian belakang basikal untuk membawa seseorang atau sesuatuLetak bakue ataih pelantaq baskat, berat aku nak rembiang.[l«.tA bA.kue A.tAC p«.lAn.tA)Ö bAs.kAt b«.ÒAt A.ku nA Òem.bi.jAN]Letak bakul di belakang basikal, berat saya membawanya dengan tangan.
mentara[m«n.tA.ÒA]kata namaorang yang membantu melicinkan perjalanan kenduri kahwin (seperti membawa dan mengangkat hidangan, memberi bunga telur dan sebagainya.)Hari kenuri pukoi dua belaih sampai pukoi satu tengah hari mentara tak menang tangan pasai orang dok timpa.[hA.Òi k«.nu.Òi pu.koj du.wA b«.lAC sAm.pAj pu.koj sA.tu t«.NAh hA.Òi m«n.tA.ÒA tA/ m«.nAN tA.NAn pA.sAj .ÒAN do/ tim.pA]Hari kenduri pukul dua belas sehingga pukul satu tengah hari mentara tidak menang tangan sebab orang ramai datang.
seriau[s«.Òi.jAw]kata adjektifberasa tidak enak bagi pendengaran disebabkan oleh sesuatu seperti besi dikikir membawa kepada tidak enak pada bahagian mulut; singkeAku seriau bila doktor cuci gigi aku.[A.ku s«.Òi.jAw bi.lA do.tor tSu.tSi gi.gi A.ku]Saya berasa tidak enak bila doktor mencuci gigi saya.
12

Kembali ke atas