Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : 1 menyebabkan seseorang menerima sesuatu: Ia ~ anak-anaknya wang saku. 2 tidak menghalang; membenarkan: Emak tidak ~ saya bermain-main di tepi kolam itu. 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita. 4 memasangkan, melekatkan dsb sesuatu pd: Alat itu diberi bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberi

Puisi
 

Yang berlari sangat pantas,
     Yang menang sangat bertuah;
Yang memberi tangan di atas,
     Yang menerima tangan di bawah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi bunga kepada kera (monyet).

Bermaksud :

Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).

 

Lihat selanjutnya...(58)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jelangak[dZ«.lA.NA/]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang tidak memberi tumpuan pada keadaan sekeliling.Awat yang jelangaq sangat ni, sampai tesepak bendoi.[A.wAt jAN dZ«.lA.NA/ sA.NAt ni sAm.pAj t«.sE.pA/ b«n.doj]Awak tidak memberi tumpuan, sehingga tersepak bendul.
   2.memberi gelaran kepada seseorang.Depa acan dia dokyok pasai dia reja mata-mata.[dE.pA A.tSAn di.jA do/.j/ pA.sAj di.jA Ò«.dZA mA.tA.mA.tA]Mereka menggelarnya dokyok kerana dia bekerja sebagai polis.
pesoh[pE.sh]kata kerjamemberi perhatian yang lebih kepada seseorang atau sesuatuMenantu dia sorang tu saja yang pesoh dia masa dia kat hospital.[m«.nAn.tu di.jA so.ÒAN tu sA.dZA jAN pE.sh di.jA mA.sA di.jA kAt hos.pi.tAl]Menantunya seorang itu saja yang memberinya perhatian yang lebih semasa dia di hospital.
bebuih mulot[b«.buC mu.lot] berkenaan seseorang yang berulang kali memberi nasihat kepada seseorang tetapi tidak dihiraukan; bebuih-buih mulot.Anak dia tak reja, bebuih mulot dia suroh anak dia pi reja kelang.[A.nA/ di.jA tA/ Ò«.dZA b«.buC mulot di.jA su.Òoh A.nA/ di.jA pi Ò«.dZA ke.lAN]Anak dia tidak kerja, berulang kali dia suruh anaknya pergi kerja kilang.
bebuih-buih mulot[b«.buC.b«.buC mu.lot] berkenaan seseorang yang berulang kali memberi nasihat kepada seseorang tetapi tidak dihiraukan; bebuih mulot.Bebuih-buih mulot cek gu suroh budak-budak hapai kali-kali, tapi depa buat nin.[b«.buC.b«.buC mulot tSE/ gu su.Òoh bu.dA/.bu.dA/ hA.pAj kA.li.kA.li tA.pi dE.pA bu.wAt nin]Berulang kali guru menyuruh budak-budak menghafal sifir, tetapi mereka tidak mengindahkannya.
mentara[m«n.tA.ÒA]kata namaorang yang membantu melicinkan perjalanan kenduri kahwin (seperti membawa dan mengangkat hidangan, memberi bunga telur dan sebagainya.)Hari kenuri pukoi dua belaih sampai pukoi satu tengah hari mentara tak menang tangan pasai orang dok timpa.[hA.Òi k«.nu.Òi pu.koj du.wA b«.lAC sAm.pAj pu.koj sA.tu t«.NAh hA.Òi m«n.tA.ÒA tA/ m«.nAN tA.NAn pA.sAj .ÒAN do/ tim.pA]Hari kenduri pukul dua belas sehingga pukul satu tengah hari mentara tidak menang tangan sebab orang ramai datang.
beban[bE.bAn]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang degil dan tidak mendengar nasihat.Dia beban sunggoh, bebuih mulot-mulot aku suroh balek awai.[di.jA bE.bAn suN.goh b«.buC mu.lot.mulot A.ku su.Òoh bA.le/ A.wAj]Dia beban sangat, berulang kali saya memberi nasihat suruh balik awal.

Kembali ke atas