Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.kul] | مميکول

Definisi : 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggung­jawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada ber­wang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.kul] | مميکول

Definisi : membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikul
Kata Terbitan : memikul, memikulkan, pikulan, pemikul,

Puisi
 

Orang darat suka bertandang,
     Sambil bertandang membawa cangkul;
Berapa berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bahu memikul,
     hati menyokong.

Bermaksud :

Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kokko[k/.k]kata kerjamemikul seseorang di atas belakang badan.Pak Mat kokko anak dia masa nak seberang sungai.[pA/ mAt k/.k A.nA/ di.jA mA.sA nA/ s«.b«.ÒAN su.NAj]Pak Mat memikul anaknya masa hendak menyeberang sungai.
selibaq[s«.li.bA)Ö]kata namakain atau tuala yang diletakkan di atas bahuBesanya orang boh selibaq pasai tak mau bau dia becalaq masa pikoi barang berat.[bE.sA.øA o.ÒAN boh s«.li.bA)Ö pA.sAj tA mAw bAw di.jA b«.tSA.lA)Ö mA.sA pi.koj bA.ÒAN b«.ÒAt]Biasanya orang letak kain di atas bahu sebab tidak mahu bahunya bercalar semasa memikul barang berat.

Kembali ke atas