Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.tang] | مناتڠ

Definisi : sl membawa sesuatu di atas tapak tangan, menating, mena-yang: seorang budak lelaki belasan tahun keluar dr dalam ~ sedulang kopi hitam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.tang] | مناتڠ

Definisi : 1 membawa sesuatu di atas tapak tangan; menating: Anak daranya keluar ~ sedulang kopi hitam. 2 ki memanjakan seseorang dan mengikut segala kehendaknya. 3 ki memperlakukan dgn sangat hati-hati: spt ~ minyak yg penuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatang
Kata Terbitan : menatang, tatangan,

Puisi
 

Sisir-sisir rambut panjang,
     Sudah disisir disolek bunga;
Fikir-fikir sepanjang-panjang,
     Sudi menatang kitak berdua.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menatang[m«.nA.tAN]kata namabendaMenatang apa yang hampa makan tadi?[m«.nA.tAN A.pA jAN hAm.pA mA.kAn tA.di]Apa benda yang kamu semua makan tadi?
mengunyap[m«.Nu.øAp]kata kerjamengunyah sesuatu di dalam mulut yang tertutup (seperti mengunyah gula-gula getah)Apa menatang yang budak ni dok mengunyap dari tadi?[A.pA m«.nA.tAN jAN bu.dA/ ni do/ m«.Nu.øAp dA.Òi tA.di]Apa benda yang budak ini kunyah dari tadi?
gerodek[g«.Òo.dE/]kata kerjamenggerak-gerakkan tangan atau menggunakan sesuatu yang lain (seperti kayu, buluh, besi dan lain-lain) secara berulang-ulang; gerodak, rodak, rodekTulong gerodek sat lubang kunci pintu bilek, telekat menatang apa tak tau.[tu.loN g«.Òo.dE/ sAt lu.bAN kun.tSi pin.tu bi.le/ t«.l«.kAt m«.n­A.tAN A.pA tA/ tAw]Tolong gerodek lubang kunci pintu bilik, tidak tahu apa benda yang tersumbat.

Kembali ke atas