Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuri

Puisi
 

Baru kembang bunga seroja,
     Sudah ada orang mencuri;
Besar-besar istana raja,
     Kecil-kecil pondok sendiri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Pantas seperti tangan beruk (= monyet).

Bermaksud :

Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. mencuriKalu budak-budak masok dalam kedai dia kira nak menyerama[kA.lu bu.dA/.budA/ mA.so/ dA.lAm k«.dAj di.jA ki.ÒA nA/ m«.ø«.ÒA.mA]Kalau budak-budak masuk ke dalam kedai, mereka asyik hendak mencuri.
gagau[gA.gAw]kata kerjamencuriDia keluaq sat saja, kawaq mai gagau reta meredak.[di.jA k«.lu.wA)Ö sAt sA.dZA kA.wA)Ö mAj gA.gAw Ò«.tA m«.Ò«.dA/]Dia keluar sekejap saja, pencuri datang mencuri harta bendanya.
lari merasak[lA.Òi m«.ÒA.sA/] berlari pantas.Budak hat dok mencuri tu lari merasak bila nampak tuan rumah datang.[bu.dA/ hAt do/ m«n.tSu.Òi tu lA.Òi m«.ÒA.sA/ bi.lA nAm.pA/ tu.wAn Òu.mAh dA.tAN]Budak yang sedang mencuri itu berlari pantas apabila nampak tuan rumah datang.
   3. mencuriHantu mana yang gabuih kasut jepun aku.[hAn.tu mA.nA jAN gA.buC kA.sut dZ«.pun A.ku]Siapa yang curi selipar jepun saya.
laboh[lA.boh]kata kerjamemukul.Dia laboh adek ipaq dia pasai curi duet.[di.jA lA.boh A.de/ i.pA)Ö di.jA pA.sAj tSu.Òi du.wet]Dia memukul adik iparnya sebab mencuri wang.

Kembali ke atas