Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ji] | مڠاجي

Definisi : 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesai­kan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ji] | مڠاجي

Definisi : 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaji

Puisi
 

Mengaji Qurªan Istanbul,
     Lambat pandai di tengah hari;
Kalau adinda berhati betul,
     Kasilah abang cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berbilang dari esa,
     mengaji dari alif.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berkenaan dengan seseorang yang dianggap tidak berkemampuan atau berkebolehan.Mengaji pon tak habeh lagi dah galak nak menikah.[m«.NA.dZi pon tA/ hA.beh lA.gi dAh gAlA/ nA/ m«.ni.kAh]Belajar belum pun habis lagi sudah galak hendak berkahwin.
rembaih[Ò«m.bAC]kata kerjamemukul badan seseorang dengan menggunakan sesuatu (seperti kain, lidi, daun dan lain-lain)Mak dia rembaih dengan pelepah nyoq pasai dia tak pi mengaji.[mA di.jA Ò«m.bAC d«.NAn p«.l«.pAh ø)Ö pA.sAj di.jA tA pi m«.NA.dZi]Emak memukul badannya dengan menggunakan daun kelapa sebab dia tidak pergi belajar al-Quran.
sentot[s«n.tot]kata adjektif1. berkenaan dengan muka atau kelakuan seseorang disebabkan oleh sesuatu hal yang negatif contohnya apabila dimarahi, dituduh dan lain-lainAdek aku sentot pasai mak aku marah dia tak pi mengaji kuran.[A.de A.ku s«n.tot pA.sAj mA A.ku mA.ÒAh di.jA tA pi m«.NA.dZi kuÒ.An]Adik saya sentot sebab mak memarahinya kerana tidak pergi belajar al-Quran.

Kembali ke atas