Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkat

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
timang[ti.mAN]kata kerjamengangkat bola secara berulang-ulang dengan menggunakan kakiKalu nak maen sepak raga hang kena pandai timang.[kA.lu nA/ mAen sE.pA/ ÒA.gA hAN k«.nA pAn.dAj ti.mAN]Kalau hendak bermain sepak raga awak perlu pandai timang.
angket[AN.ket]kata kerjamengangkat atau mengalih sesuatu yang kecil dan ringan seperti periuk, kain dan lain-lain.Pi angket kaen cepat pasai nampak lagu nak ujan.[pi AN.ket kAen tS«.pAt pA.sAj nAm.pA lA.gu nA u.dZAn]Pergi angkat kain cepat sebab nampak seperti hendak hujan.
cam[tSAm]kata namasejenis alat mengangkat tanah, pasir dan sebagainya yang diperbuat daripada logam, bentuknya seperti pongkes.Kaut pasaik dengan cam, bawak ataih lori.[kA.wut pA.si.jA)Ö d«.NAn tSAm bA.wA/ A.tAC lo.Òi]Kaut pasir dengan cam, bawa ke atas lori.
jinjat[dZin.dZAt]kata kerjaberdiri pada hujung kaki dengan mengangkat tumit tinggi-tinggi, jengket; ginjat.Masa nak ukoq tinggi, hang jangan jinjat.[mA.sA nA/ u.k)Ö tiN.gi hAN dZA.NAn dZin.dZAt]Semasa mengukur tinggi, awak jangan jengket.
ginjat [[gin.dZAt]kata kerjaberdiri pada hujung kaki dengan mengangkat tumit tinggi-tinggi, jengket; jinjat.Hang ginjat tengok apa ada ataih lemari tu.[hAN gin.dZAt tE.N A.pA A.dA A.tAC l«.mA.Òi tu]Awak jengket tengok apa ada atas almari itu.
mentara[m«n.tA.ÒA]kata namaorang yang membantu melicinkan perjalanan kenduri kahwin (seperti membawa dan mengangkat hidangan, memberi bunga telur dan sebagainya.)Hari kenuri pukoi dua belaih sampai pukoi satu tengah hari mentara tak menang tangan pasai orang dok timpa.[hA.Òi k«.nu.Òi pu.koj du.wA b«.lAC sAm.pAj pu.koj sA.tu t«.NAh hA.Òi m«n.tA.ÒA tA/ m«.nAN tA.NAn pA.sAj .ÒAN do/ tim.pA]Hari kenduri pukul dua belas sehingga pukul satu tengah hari mentara tidak menang tangan sebab orang ramai datang.
rembiang[ÒEm.bi.jAN]kata kerjamembawa sesuatu yang berat dengan tangan; heleAku tak larat nak rembiang beg ni di stesen retapi, aku upah kuli angkat beg.[A.ku tA lA.ÒAt nA ÒEm.bi.jAN beg ni di stE.sEn ÒE.tA.pi A.ku u.pAh ku.li AN.kAt beg]Saya tidak berupaya hendak rembiang beg ini di stesen keretapi, saya upah kuli mengangkat beg.

Kembali ke atas