Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasah

Puisi
 

Kalau tuan mengasah kapak,
     Asah mari sepagi hari;
Saya bawa sirih setepak,
     Untuk saya ganti diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mengasah belakang kapak,
     bilakah tajamnya?

Bermaksud :

Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
geremit[g«.Ò«.mit]kata namapengasah pensel.Senang lagi asah pensel pakai geremit dari pakai pisau.[s«.nAN lA.gi A.sAh pen.sel pA.kAj g«.Ò«.mit dA.Òi pA.kAj pi.sAw]Mudah lagi mengasah pensel guna pengasah pensel dari guna pisau.

Kembali ke atas