uroi | [u.Òj] | kata kerja | mengasingkan padi daripada hampa dengan bantuan angin | Dulu-dulu orang kayoh kipaih kayu bila nak uroi padi. | [dulu.du.lu o.ÒAN kA.joh ki.pAC kA.ju bi.lA nA u.Òj pA.di] | Dahulu orang kayuh kipas kayu apabila mengasingkan padi daripada hampa. |
perisi | [p«.Òi.si] | kata kerja | 1. mengasingkan atau menanggalkan sesuatu seperti antah daripada beras, kulit daripada bawang, isi buah daripada bijinya dan buah daripada tangkainya. | Dulu kalu nak menanak kena perisi beraih. | [du.lu kA.lu nA m«.nA.nA/ k«.nA p«.Òi.si b«.ÒAC] | Dulu kalau hendak memasak nasi perlu buang antah. |
mengibaih | kata kerja | kata kerja | menganginkan padi untuk mengasingkan padi daripada hampa dengan cara mengibas-ngibas menggunakan nyiru. Proses ini dilakukan paling kurang oleh enam orang atau lebih. Padi dikaut dengan talam dan ditebarkan di satu kawasan yang di khaskan kemudian dikibas oleh beberapa orang menggunakan nyiru | Kalu tak dak orang yang buleh mengibaih minggu ni kita buat minggu depan. | [kA.lu tA/ dA/ .ÒAN jAN bu.leh m«.Ni.bAC miN.gu ni ki.tA bu.wAt miN.gu d«.pAn] | Kalau tidak ada orang yang boleh mengibas minggu ini kita buat minggu hadapan. |
menguroi | [m«.Nu.Òoj] | kata kerja | menganginkan padi untuk mengasingkan padi daripada hampa dengan menggunakan angin atau kipas angin khas. Proses ini dilakukan dengan mencurahkan padi dari tempat yang agak tinggi di depan kipas angin khas yang digerakkan supaya padi terasing daripada hampa | Kalu padi banyak orang menguroi pakai kipaih. | [kA.lu pA.di bA.øA/ .ÒAN m«.Nu.Òoj pA.kAj ki.pAC] | Kalau padi banyak orang menganginkan padi menggunakan kipas. |