Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai tekukur mengikut kata.

Bermaksud :

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
buta larang[bu.tA lA.ÒAN] berkenaan dengan seseorang yang tidak mengikut peraturan.Hang memang buta larang, dah banyak kali dah bagi tau hang tak dengar jugak.[hAN mE.mAN bu.tA lA.ÒAN dAh bA.øA kA.li dAh bA.gi tAw hAN tA d«.NA)Ö dZu.gA]Awak ini memang keras kepala, dah banyak kali beritahu awak tidak dengar juga.
jerelon[dZ«.Ò«.lon]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang tidak terdedah kepada sesuatu yang baru seperti fesyen, makanan, percakapan dan lain-lain; daoh.Hang ni pelek la, dah lama dok di pekan hang dok ikot perangai jerelon lagi.[hAN ni p«.lE/ lA dAh lA.mA do/ di p«.kAn hAN do/ i.kot p«.ÒA.NAj dZ«.Ò«.lon lA.gi]Awak ini peliklah, sudah lama tinggal di bandar masih mengikut perangai jerelon lagi.

Kembali ke atas