Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : memberi berisi; membuat sesuatu supaya berisi: ~ guni dgn beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Mengisi perian bobos.

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mbat-mbat[m.bAt.m.bAt]kata namabekas air wangi daripada tembaga dan biasanya digunakan untuk merenjis pengantin. Bekas ini berbatang panjang dan mempunyai lubang-lubang halus di bahagian atasnya, manakala di bahagian bawahnya agak bulat untuk mengisi air wangianBesanya mbat-mbat ni orang boh ayaq mawaq.[bE.sA.øA m.bAt.m.bAt ni .ÒAN boh A.jA)Ö mA.wA)Ö]Biasanya bekas air wangi daripada tembaga diisi dengan air mawar.

Kembali ke atas