Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.jur.kan] | مڠونجورکن

Definisi : 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.jur.kan] | مڠونجورکن

Definisi : 1 mem­buat ramalan atau agakan ttg keadaan, keputusan, hasil dll yg akan datang berdasarkan fakta atau data yg sedia ada: Mereka ~ keuntungan sebanyak RM2/- juta bagi tahun depan. 2 melukis garis dsb yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngun.jur.kan] | مڠونجورکن

Definisi : meluruskan (kedua-dua belah kaki) ketika duduk atau berbaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengunjurkan


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
santau[sAn.tAw]kata kerjamengunjurkan sesuatu (seperti kaki, kayu) meletaknya di atas sesuatu.Santau kaki hang ataih bangku baru senang aku urot.[sAn.tAw kA.ki hAN A.tAs bAN.ku bA.Òu s«.nAN A.ku u.Òot]Unjurkan kaki awak atas bangku baru senang saya mengurut.

Kembali ke atas