Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1 menaruh sesuatu di tempat yg selamat supaya tidak hilang dsb: Dia ~ kain bajunya di dlm almari. 2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya. 3 meme­gang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia. ~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jikalau gopoh main tak jadi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. tabung menyimpan duitOrang simpan duet silin dalam onde-onde.[.ÒAN sim.pAn du.wet si.lin dA.lAm on.dE.ondE]Orang menyimpan wang siling dalam tabung.
merengkam[m«.Ò«N.kAm]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang menyimpan perasaan marah atau memendam rasaDia dok merekam tak habeh-habeh kat Pak Pen pasai dapat gaji melintang.[di.jA do/ m«.Ò«.kAm tA/ hA.bEh.hA.bEh kAt pA/ pen pA.sAj dA.pAt gA.dZi m«.lin.tAN]Dia marah tidak sudah-sudah pada Pak Arifin sebab mendapat pergerakkan gaji melintang.
biru[bi.Òu]kata namaalmari pakaian.Orang boh baju dalam biru.[0o.ÒAN boh bA.dZu dA.lAm bi.Òu]Orang menyimpan baju dalam almari.

Kembali ke atas